TARIKH      : 21.02.2024

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : AHLI PEDi

 

1

Tujuan:

Pendrive atau dengan nama lainnya USB drive.Sejenis alat untuk menyimpan data dan pemindahan data secara mudah. Terdapat banyak manfaat yang boleh kite dapat antaranya adalah dapat menyimpan berbagai jenis file seperti dokumen, gambar, musik, video, dan sebagainya.

Aktiviti:

- Petugas memberi pendrive kepada peserta

- Peserta sambungkan pendrive ke komputer menggunakan port USB.

- Komputer akan mengesan pendrive tersebut secara automatik.

- Klik dua kali pada ikon pendrive untuk membukanya dan akses fail-fail di dalamnya.

- Peserta membuat pemindahan hasil kerja ke pendrive.

- Selesai menggunakan pendrive, pastikan untuk "mengeluarkan" (eject) pendrive dengan selamat dari komputer.

- Cabut pendrive dari port USB komputer.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 18.02.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDi

 

2

Tujuan:

Cipta dan reka kad digital (e-kad) yang moden dan baru untuk sempena Hari Raya Aidilfitri. Salah satu platform yang boleh digunakan untuk membuat kad raya digital adalah menggunakan Canva. Dengan Canva, kita boleh mereka pelbagai aneka kad digital menarik secara percuma sahaja.

 

Aktiviti:

Petugas PEDi mengajar tentang penggunaan Canva kepada pelajar sekolah. Dengan membuka laman web Canva. Kemudian tekan pada carian, hanya perlu taip Hari Raya Aidilfitri dan pilih mana-mana rekaan template yang ditawarkan untuk dijadikan kad raya digital. Selepas itu, lakukan beberapa suntingan atau penambahan dengan tools yang disediakan sehingga berpuas hati.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 06.02.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI CILIK PEDi

 

1

Tujuan:

Pertandingan mewarna yang diadakan untuk menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadan. Serta untuk memberi peluang kepada peserta untuk menonjolkan kebolehan mereka dalam mewarna. Selain itu, dapat mengisi masa lapang semasa cuti sekolah mereka dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah.

Aktiviti:

Petugas telah memberikan sekeping kertas lukisan yang telah dicetak bertemakan sambutan Bulan Ramadan untuk para peserta mewarna. Setelah selesai mewarna para peserta diberikan makan dan sedikit cenderahati dari petugas. Dengan itu, sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati para peserta.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 07.02.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI CILIK PEDi

 

4

Tujuan:

Aktiviti bermain sambal belajar bersama Ahli Cilik PEDi. Peserta diperkenalkan dengan permainan puzzle online. Permainan ini dapat menguji kemahiran berfikir dan ketangkasan para peserta. Disamping itu, dapat meningkatkan kemahiran ICT kepada peserta.

Aktiviti:

Aktiviti dijalankan dengan pemantauan petugas PEDi. Peserta diajar membuka website permainan tersebut. Permainan tersebut mempunyai tahap senang dan susah. Semua peserta dapat menyelesaikan ke semua tahap tersebut.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 05.02.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI CILIK PEDi

 

2

Tujuan:

Ahli Cilik PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia bertujuan untuk belajar tentang teknologi Augmented Reaity (AR). Dengan adanya aktiviti ini, ianya dapat menarik minat tentang ICT dengan memperkenalkan aplikasi ini di Ipad yang disediakan oleh PEDi. Selain itu, dapat meningkatkan daya kreativiti mereka.

Aktiviti:

Ahli Cilik PEDi telah diajar menggunakan aplikasi Quiver, dengan mewarna bahan Quiver yang terdapat didalam aplikasi. Seterusnya mereka diajar untuk mengimbas kod QR yang terdapat pada gambar yang diwarnakan. Kemudian imbas gambar yang diwarnakan selepas itu muncul la gambar AR secara 3D.

GAMBAR AKTIVITI