TARIKH     : 02.02.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDi

 

2

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia bertujuan untuk belajar tentang format surat rasmi serta kemahiran penggunaan Microsoft Word.

Aktiviti:

Petugas membimbing Ahli PEDi menggunakan format rasmi yang betul serta penggunaan bahasa yang baik. Ahli PEDi diberikan tugasan untuk menaip surat rasmi yang bertajuk surat tidak hadir ke sekolah. Selain itu petugas juga menunjukkan contoh gambaran perbezaan antara surat rasmi dan surat tidak rasmi.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 23.01.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

4

Tujuan:

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.

Aktiviti:

Perkhidmatan Tabung Haji menyediakan:-

- Buka Akaun TH (Simpanan Permulaan RM2.00)

- Akaun kanak-kanak bawah 18tahun

- Pendaftaran THiJARI

- Pendaftaran Haji (Tunai atau Penyata KWSP)

- Potongan Gaji (Serendah RM10.00 sebulan)

- Pendaftaran TH Khairat (RM28.00 setahun)

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 10.01.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

16

Tujuan:

Pusat Ekonomi Digital PEDi Felda Bersia telah menyediakan ruang kepada komuniti setempat untuk pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama PADU. Pegawai Perangkaan juga turut membantu komuniti Felda Bersia dan komuniti berdekatan. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat di PADU bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar.

Aktiviti:

- Mendaftar masuk ke dalam sistem PADU.

- Kod pengesahan akan dihantar melalui sms di nombor telefon yang telah berdaftar.

- Mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.

- Membuat pengesahan kad pengenalan dan wajah sebelum maklumat dihantar. 

 

GAMBAR AKTIVITI

 

 

TARIKH     : 20.01.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

6 5

Tujuan:

PEDi Felda Bersia telah mengadakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan PEDi bersama komuniti. Dengan adanya aktiviti ini, komuniti yang datang berususan di PEDi mendapat keselesaan. Selain dapat menyihatkan badan, aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara Petugas PEDi dan komuniti Felda Bersia.

Aktiviti:

  • - Membersihkan Kawasan PEDi
  • - Membakar Sampah

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 9.01.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

6

Tujuan:

Program Pemeriksaan mata percuma telah diadakan dengan usahasama Kedai Cermin Mata HR Vision. Selain pemeriksaan mata, tedapat juga jualan cermin mata dan bingkai, dengan harga istimewa. Di samping itu, baucer diskaun cermin mata berharga rm100-rm500 turut diberikan. Selain harga yang jauh lagi murah, komuniti juga tidak perlu ke pusat bandar untuk membuat cermin mata.

Aktiviti:

  • - Penganjur membuat persiapan sebelum program dijalankan.
  • - Pendaftaran pengunjung.
  • - Sesi pemeriksaan mata.
  • - Khidmat nasihat berkenaan mata.
  • - Komuniti dapat melihat dan memilih bingkai serta cermin yang mereka suka.

 

GAMBAR AKTIVITI