Nama   : Bengkel Gambar Kreatif

Masa    : 9.00 pagi-1.00 tengahari

Tarikh   : 12.10.2019

Tempat : PI Felda Bersia

 

     72423559 683310788831642 8230311495632683008 n

Tujuan: Memberi pendedahan kepada remaja yang suka pada sesuatu yang menarik sebenarnya boleh dihasilkan sendiri. Setiap gambar ada cerita yang kita boleh olah mengikut apa yang kita mahu dan suka. Dengan mengunakan Canva.com segalanya mudah dan cepat.

Aktiviti: Mengedit gambar dan tulisan mengikut kreativiti masing-masing selepas bengkel diadakan.

Gambar: Klik DISINI

 Nama   : E-Kerajaan (MySalam)

 Masa    : 2.00 Petang- 5.00 Petang

 Tarikh   : 9.10.2019

 Tempat : PI Felda Bersia

 

71276627 1128809647507295 8074582471175307264 n

Tujuan: Mengisi maklumat penting yang diperlukan oleh pengguna yang ingin mendapat insentif dari kerajaan bagi memudah serta meringankan beban keluarga yang ditanggung. Pn Fazilah mengisi maklumat yang perlu untuk membolehkan beliau mendapat insentif selepas suami beliau mendapat rawatan di Hospital Taiping selama dua (2) minggu.

Aktiviti: Mengisi maklumat yang diperluakan dan juga membuat semua email serta mengimbas dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik kelaman web MySalam.

Gambar: Klik DISINI

Nama:Kelas asas  membina video kemerdekaan   

Masa:2.00 petang- 5.30 petang

Tarikh:23.9.2019

Tempat:Pi Felda Bersia

 

Tujuan:mendedahkan peserta cara untuk membuat video yang menarik menggunakan web.

Aktiviti:Kelas asas ini telah menggunakan web Video POWTOON untuk menghasilakn video pendek tentang kemerdekaan negara yang ke- 62.Pserta diberi tugasan membuat video yang menarik iaitu mencari tokoh kemerdekaan,gambar bekas Perdana menteri,maksud bendera Malaysia dan sebagainya.Peserta perlu mencari dalam google maklumat tersebut dan membuat satu file supaya mudah untuk upload didalam video tersebut.Peserta diajar satu persatu setiap tool yang terdapat dalam web POWTOON tersebut dari segi memasukan image ,muzik ,latar belakang,tulisan,icon bergerak dan sebagainya.

Gambar KLIK DISINI

 Nama   : E-Kerajaan (SPA8i)

 Masa    : 9.00 Pagi- 12.00 Tengahari

 Tarikh   : 5.10.2019 (Sabtu)

 Tempat : PI Felda Bersia

 

71538833 390052311676185 3537210450804473856 n

 

Tujuan: Memudahkan urusan anak-anak muda lepasan belajar terutamanya yang ingin mencari peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan. PI menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh mereka yang memerlukan. Juga turut menjadi rujukan kepada anak muda yang tidak tahu cara untuk mengisi mahupun melayari laman web kerajaan seperti ini.

Aktiviti: Mengisi maklumat peribadi dan segala yang diperlukan. Memilih bidang kerjaya yang sesuai dan tempat untuk ditemuduga.

Gambar: Klik DISINI

Nama:kahoot hari Malaysia      

Masa:2.30 petang - 5.00 petang       

Tarikh:18.9.2019

Tempat:Bilik Training PI Felda Bersia

 

 

Tujuan:Memberi pengetahuan asas berkaitan kemerdekaan Malaysia kepada para ahli Pusat Internet.

Aktiviti:Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah didedahkan dengan permainan Kahoot online berkaitan kemerdekaan Malaysia serta hari Malaysia pada setiap tahun pada bulan  31 Ogos dan 16 September.Dengan adanya permainan kahoot ini dapat menambahkan pengetahuan asas kepada peserta tentang kemerdekaan Malaysia.

Gambar KLIK DISINI