TARIKH     : 15.12.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : USAHAWAN

 

1

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia untuk belajar dan membuat DuitNow QR untuk perniagaan beliau. Pembayaran menggunakan kod QR ialah kaedah pembayaran tanpa sentuh dimana pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR daripada aplikasi mudah alih. Dengan adanya Duit Now QR kita tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan wang tunai dari dompet atau kongsi nombor akaun yang panjang untuk pemindahan duit. Dengan DuitNow QR, kita boleh membayar, menghantar dan menerima wang kepada dan daripada sesiapa sahaja dengan serta-merta.

Aktiviti:

Cara mudah untuk membuat DuitNow QR hanya perlu buka dan Login ke akaun CIMBClicks. Kemudian Klik pada logo QR Code. Klik pada tab “Receive”. Seterusnya Kod QR untuk menerima bayaran sudah pun tersedia. Kita juga boleh cetak atau tunjukkan QR tersebut pada pelanggan untuk scan kod tersebut. Dengan mencetak QR tersebut lebih mudah untuk pelanggan scan kod tersebut. Ahli PEDi telah menggunakan kemudahan PEDi untuk mencetak kod QR.

GAMBAR AKTIVITI

 

 

TARIKH     : 8.12.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

2

Tujuan: 

Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless). Tawaran kredit eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih. Tempoh pendaftaran serta tuntutan eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak.

Aktiviti:

Komuniti boleh memilih antara empat aplikasi untuk menebus eMADANI, iaitu melalui akaun MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go. Pengguna hanya perlu mendaftar masuk, mengisi maklumat dan membuat pengecaman wajah. Kemudian petugas menunjukkan cara mengimbas pembayaran dilakukan menggunakan aplikasi tersebut.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 3.12.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

2

Tujuan: 

PEDi Felda Bersia membuat aktiviti mewarna secara atas talian bersama kanak – kanak sekolah rendah. Dengan ini dapat menambah pengetahuan asas ict serta dapat menunjukkan kreativiti dalam mewarna.

 

Aktiviti:

Merwana atas talian mengikut kreativiti tersendiri.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 7.12.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA(AIM)

 

3

Tujuan: 

Program PUPUK@Sahabat AIM telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada Sahabat AIM berkenaan perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan di PEDi disamping itu juga memberikan latihan asas perniagaan Shopee. Sesi program ini melibatkan 20 peserta Sahabat AIM di 8 PEDi terpilih di seluruh negara dan akan dikendalikan oleh kakitangan PEDi (Pengurus/Penolong Pengurus/Rakan Digital) yang bertauliah.

Aktiviti:

Petugas PEDi Felda Bersia bersama Rakan Digital memberikan Latihan asas perniagaan Shopee kepada Sahabat AIM.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 22.11.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDi

 

1

Tujuan: 

PEDi Felda Bersia mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint menggunakan canva. Di dalam canva ianya di namakan presentation. Konsep yang sama, nama yang berbeza.

Aktiviti:

Kelas asas microsoft powerpoint menggunakan canva diadakan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar sekolah menengah. Dengan ini pelajar dapat menggunakan cara ini untuk aktiviti tugasan sekolah. Pelajar juga dapat mengolah kreativiti masing - masing untuk menjadikan slide presentation kemas, tersusun dan menarik. Selain digunakan untuk membuat pembentangan, pelajar juga boleh menggunakan presentation untuk membuat nota ringkas dan padat.

GAMBAR AKTIVITI