TARIKH      : 14.10.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

 PESERTA  : AHLI PEDi

 

3

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia untuk menyertai kelas asas menggunakan microsoft word bagi membuat tugasan akhir.

Aktiviti:

Ahli PEDi telah menggunakan kemudahan komputer di PEDi. Ahli PEDi menggunakan microsoft word untuk menaip tugasan. Selain itu, petugas menunjuk ajar cara edit format tulisan, justify paragraph, spacing paragraph supaya perenggan tersusun kemas. Petugas juga mangajar cara masukkan gambar serta ajar susunan gambar agar kelihatan kemas. Pengguna turut menggunakan kemudahan printing di PEDi. Kemudahan internet di PEDi memudahkan pengguna untuk mencari bahan-bahan pembelajaran, maklumat penting yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan. 

GAMBAR AKTIVITI

TARIKH     : 08.10.2023

TEMPAT    : DATARAN LOMA, KUALA RUI GERIK

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

1

Tujuan:

Petugas PEDi telah hadir ke program fiesta loma di dataran loma kuala rui. Program Fiesta Loma mendapat sambutan yang sangat meriah dari penduduk tempatan dan jiran-jiran sekeliling.

Aktiviti:

Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan di fiesta loma, gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman serta booth pameran dari pelbagai agensi turut memeriahkan lagi Fiesta Loma Gerik. Terdapat aktiviti mewarna bagi kanak – kanak. Perlumbaan rakit yang di sertai dari pelbagai agensi kerajaan serta penduduk setempat. Pertandingan berasaskan ikan loma iaitu menyauk, menyiang dan memasak ikan loma. Pertandingan badang gerik serta pertandingan perahu berhias.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

 

 

TARIKH      : 20.09.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDi

 

5

 

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia untuk belajar dan membuat surat rasmi tentang ketidakhadiran anaknya ke sekolah.

 

Aktiviti:

Petugas membantu menunjukkan cara edit format penulisan rasmi, jenis tulisan, dan saiz tulisan dan sebagainya. Ahli PEDi juga turut menggunakan kemudahan printing di PEDi Felda Bersia.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 22.09.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDi

 

3

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia untuk belajar dan membuat akaun MAE atau nama panjangnya Maybank Anytime, Everyone merupakan satu aplikasi yang menawarkan sokongan dompet digital untuk memudahkan lagi transaksi online pengguna. Dengan adanya MAE, pengguna boleh mengelakkan daripada terlebih berbelanja kerana ia boleh asingkan penggunaan wang daripada akaun biasa.

Aktiviti:

Petugas membantu menunjukkan cara download MAE Maybank. Setelah selesai download, buka aplikasi tersebut. Pilih Existing M2u sekiranya sudah ada akaun Maybank. Pilih Apply for MAE untuk yang tiada akaun Maybank.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 15.09.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : MURID TABIKA KEMAS

 

7

 

Tujuan:

PEDi Felda Bersia telah membuat program mewarna topeng sempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia bersama murid-murid tabika kemas. Dengan ada nya program ini dapat memberi peluang kepada para peserta untuk menyerlahkan bakat mewarna dengan cantik. Selain itu, mampu merangsang daya kreativiti kanak-kanak.

Aktiviti:

Petugas PEDi telah menyediakan gambar topeng untuk diwarnakan. Setelah siap diwarnakan, peserta hendaklah menggunting menjadi bentuk topeng. Hanya 3 pemenang sahaja yang akan dipilih. Aktiviti yang sebegini merupakan aktiviti yang mudah dan meyeronokkan. 

GAMBAR AKTIVITI