KEMUDAHAN ASAS

Kehidupan bermasyarakat merupakan amalan tradisi masyarakat melayu di kampung mahupun di bandar. Kemudahan asas merupakan pakej kepada setiap hidupan masyarakat sebagai tambahan kepada aktiviti harian. Kemudahan yang disediakan di Felda Bersia adalah seperti masjid, surau, taman permainan, kedai runcit, kedai petrol, gelanggang futsal, dewan serbaguna, pejabat JKKR, perpustakaan desa, pusat literasi keluarga dan homestay (kepada pengunjung luar).

MASJID

Masjid Shuhada merupakan satu-satunya masjid yang digunakan oleh penduduk Felda Bersia samaada untuk solat berjemaah tiap-tiap waktu solat, solat jumaat tetapi jugak sebagai tempat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti ilmiah yang lain khas untuk mengimarahkan lagi suasana masjid. Masjid Shuhada terletak di kawasan agak dalam tetapi  mudah untuk ditemui oleh orang luar yang datang dengan adanya signboard penunjuk arah. Selain masjid, surau juga disediakan di Felda Bersia untuk program-program ilmiah.

      

DEWAN ORANG RAMAI

Dewan ini terletak di dalam kawasan Felda Bersia dan ia merupakan tempat di mana penduduk menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung setempat seperti perhimpunan aktiviti, mesyuarat, mengadakan kenduri dan juga aktiviti sukan seperti badminton, sepak takraw, bola tampar dan kasut roda.

      

GELANGGANG FUTSAL

Felda Bersia juga mempunyai gelanggang futsal yang terletak di Peringkat Dua. Penduduk setempat boleh meluangkan masa mereka dengan aktiviti sukan dengan bermain futsal tidak kira usia seperti kanak- kanak, remaja dan juga orang dewasa. Gelanggang futsal ini digunakan pada setiap hari oleh penduduk Felda secara percuma.

      

PERPUSTAKAAN DESA

Di Felda Bersia juga terdapat kemudahan seperti Perpustakaan Desa yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Felda.Ini bagi memudahkan warga Felda untuk mencari bahan-bahan ilmiah dan menambah ilmu pengetahuan.Mempunyai seorang pembantu perpustakaan iaitu Puan Siti Azizah binti Lazim. Dibuka pada hari rabu hingga ahad.

      

PUSAT LITERASI KELUARGA 

Terdapat juga sebuah Pusat Literasi Keluarga bersebelahan dengan Perpustakaan Desa Felda Bersia. Kewujudan pusat ini adalah untuk pembangunan dan perkembangan sosial keluarga.

      

HOMESTAY CASA BONDA

Homestay ini mempunyai 4 bilik termasuk bilik solat yang menawarkan harga RM 200 untuk semalam (24jam). Terletak bersebelahan dengan petrol pam dan berdekatkan dengan Pejabat Felda. Pelbagai kemudahan antaranya televisyen (astro), mesin basuh, penapis air, perkakas masak dan gas, alatan mandi dan solat turut disediakan.

P/s : untuk maklumat lanjut atau ingin membuat tempahan boleh hubungi melalui telefon .

013-5908343 - Cikgu Ha
019-4643821 - Encik Shamsudin
013-6280247 - Cik Najua

    

HOMESTAY ASMALANA

Terletak berhadapan dengan Tabika Felda Bersia. Harga sewa untuk satu malam di Asmalana Homestay ialah RM350 (untuk 20 orang), RM 450 (melebihi 40 orang) dan maximum hanya 40 orang. Diantara kemudahan lain yang disediakan ialah adalah ruang tempat letak kereta yang selesa dan luas, penghawa dingin.Untuk tempahan boleh hubungi 019-494 2291.

    

STESEN MINYAK

Terdapat sebuah stesen minyak besebelahan dengan Homestay Casa Bonda bagi memudahkan penduduk kampung untuk mengisi minyak.

    

TAMAN PERMAINAN

Disediakan sebuah taman permainan ntuk kanak-kanak bermain dan keluarga beriadah pada waktu petang.

    

    

    

\