Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1.Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 2. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 3. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 4. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
- 5. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Di Felda Bersia terdapat sebuah Klinik Desa yang terletak bersebelahan dengan SK RKT Bersia. Dengan adanya kemudahan klinik ini, penduduk Felda Bersia tidak perlu bersusah payah ke Klinik Kesihatan Gerik untuk mendapatkan rawatan kerana telah disediakan pelbagai kemudahan untuk warga Felda. Klinik Desa beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8.00am- 5.00pm. Terdapat dua orang petugas di Klinik Desa Felda Bersia.
Waktu Operasi :
Isnin hingga Khamis : 8 Pagi – 1 Petang, 2 Petang – 5 petang
Jumaat : 8 Pagi – 12.15 Tgh, 2.45 Petang – 5 Petang
Sabtu dan Ahad: Cuti Minggu
(tetapi jika ada kecemasan boleh hubungi pegawai bertugas)
Alamat :
Klinik Desa
Felda Bersia
33200 Gerik,Perak
Tel:05-7917804