THE WEDDING JOURNAL 

NAMA    : AZLAN BIN MAT YUSOFF

ALAMAT : GERAI NO 2 TAXI STAND GERIK,33300 GERIK, PERAK

 

Encik Noor Azlan adalah seorang jurugambar professional perkawinan dan mengagumi keindahan alam sekitar di lensa kamera di daerah Gerik. Beliau merupakan seorang usahawan yang gigih dalam mempromosikan perkhidmatan dan produk yang disediakan. Bermula daripada perniagaan butik pengantin ‘Chantique Menaone’ beliau mengorak langkah dengan mengembangkan pernigaan kepada jurugambar professional khususnya untuk majlis perkahwinan.

 Kalau dahulunya, beliau hanya mengedarkan risalah kepada penduduk tempatan dan pendapatan perniagaanya hanya sekitar RM 1000 hingga RM 2000 sebulan. Kini beliau berjaya meraih pendapatan kira-kira lebih RM 5000 keatas setiap bulan dengan mempromosikan perniagaannya melalui laman web GMBO dan laman sosial Facebook.

 Pada peringkat awalnya,beliau kurang mahir pengetahuan ICT dan komputer.Beliau hanya memberi risalah dalam suratkhabar atau mengupah orang sahaja. Tetapi setelah mendapat pendedahan dari Pusat Internet beliau berkeputusan untuk memantapkan lagi perniagaanya dengan mengambil inisiatif dan membuang sifat malu dengan menyertai Kelas Celik ICT dan Internet yang telah diadakan di Pusat Internet Bersia setelah mengetahui tetap kelebihan dan perhikmatan yang disediakan di Pusat Internet Felda Bersia. Beliau juga sering menghadiri kelas-kelas e-keusahawan,kelas penggunaan laman sosial serta sebarang aktiviti yang dijalankan Pusat Internet. Hasilnya, beliau berjaya mendaftar laman web GMBO iaitu http://www.azlanyusofconcept.com.my/ dan membuka akaun Facebook iaitu https://www.facebook.com/azlan.yusof.33, juga pages di facebook dengan nama The Wedding JournaAzlan Yusof Concept (TWJ).

Kejayaan En Noor Azlan Bin Mat Yusoff dalam bidang ‘wedding photografer’ telah membuka luas lagi pintu untuk beliau memperkenalkan pakej ‘newboarn photobook’ kepada pelanggan beliau juga sebagai saingan kepada juru gambar yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Selain dari nama beliau disebut-sebut di laman social terutama facebook, beliau turut popular di wassap dan juga insta dimana beliau turut menerima tempahan dari masyarakat luar Malaysia seperti Singapura.

Bermula denagn hanya mempromosi di kedai-kedai perkahwinan sehingga ke perniagaan online (facebook, intagram & wassapps )melalui Pusat internet Felda Bersia, kini beliau merupakan photographer yang paling dikenali di Hulu Perak bahkan juga di sekitarnya.

Kini, beliau giat dan aktif dengan memperkenalkan pakej ‘newborn’ dan ‘birthday party’ tanpa mengira peringkat umur selain turut mengambil gambar-gambar lain seperti persekitaran, keindahan alam dan menyediakan pertandingan berasaskan gambar dan kamera untuk anak-anak muda yang baru menerajui dunia lensa.

Terbaru, beliau telah memula langkah dengan menerajui perniagaan kecil-kecilan jugak melebarkan cabang seni beliau dengan membuka kedai menjahit pelbagai jenis aksesori seperti beg, kasut, seluar, baju dan membuat semuanya sendiri sehingga beliau kini dilamar oleh sebuah organisasi untuk menaja segala perbelanjaan beliau dan ada jugak yang menawarkan untuk memprosikan perniagaan beliau secara meluas sehingga ke luar negara.

 Beliau merupakan tokoh usahawan Pusat Internet Felda Bersia yang sangat dibanggakan kerana beliau merupakan seoarang yang sangat rajin dan sentiasa mencari peluang untuk terus mengembangkan bakat seni yang dianugerahkan Allah kepada beliau.

     

 

 

 

 

 

ROYAL BELUM BANDING 

ENCIK ZULKARNAEN BIN OTHMAN

Royal Belum Banding ini diusahakan seorang pemuda bernama Zulkarnaen bin Othman.Minat terhadap perkhidmatan pelancongan mendorong beliau membuka perkhidmatan berasaskan `bouthouse`seperti bermalam di atas tasik bersama boathouse juga sesuai untuk para pemancing, pencinta alam, jungle treking, team building, aktiviti di air, riadah & santai .Selain itu juga beliau juga menawarkan pakej untuk pakej keluarga , dan pakej bajet kepada pencipta alam semula jadi.Kini beliau berjaya menarik ramai pelancong dari luar negara dan tempatan tentang alam semula jadi yang terdapat di Hulu Perak.Kini beliau berjaya meraaih pendapatan RM10.000 sebulan terutama ketika musim cuti sekolah.Sekiranya berminat untuk menikmati boleh menghubungi untuk mendapatkan Info lanjut atau membuat tempahan boleh pada talian 019-5977446 Encik Zulkarnaen Bin Othman.