MENJUAL PAKAIAN WANITA ,KANAK-KANAK DAN SATE

  

 

Puan Sakinah atau lebih mesra dengan panggilan Kinah seorang yang ramah dan bersemangat dalam berniaga. Kinah mula meniaga baju kurung moden/Pahang kain cotton bermula sebagai dropship dan hanya menjual di dalam Felda Bersia

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 18.6.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’. Dengan sifat ramah dan tidak sombong beliau yang mudah mesra sudah mempunyai pelanggan di sekitar kawasan Felda Bersia kini beliau mula mempromosi perniagaan beliau dalam laman sosial seperti ‘my shop’ Dashboard PI dan Facebook, pendapatan beliau juga makin meningkat dan mula menjadi agent bukan lagi sekadar dropship semata.

 

Seorang yang boleh dikategorikan sebagai warga emas Pusat Internet 1Malaysia Felda Bersia tetapi muda remaja semangat beliau ingin mendalami ilmu ICT kerana beliau merupakan usahanita yang mengusahakan sos cili,sos penyicah, taufu, toge dan juga soya.

Lebih mesra dengan sapaan Acik Juriah, Puan Juriah Abu telah lebih 20 tahun mengusahakan produk asas tani dengan bermula sebagai pengedar toge kepada soya dan taufu serta seterusnya mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian untuk menghasilkan Sos Cili dan Sos Penyicah yang dibekalkan di kawasan Felda Bersia juga mengikut permintaan.

 

BEE KIFLI @ CAKE BOSS GERIK

Puan Nor Bainun Binti Zulkifli atau lebih dikenali melalui media popular dengan nama Bee Kifli,https://www.facebook.com/BeeCake merupakan seorang usahanita yang sangat terkenal di Daerah Gerik dengan rasa kek beliau yang enak sangat digemari oleh semua orang.

Beliau bermula dengan membantu ibu beliau membuat kuih dan menjual secara kecil-kecilan dan kemudian mengorek langkah setapak dengan membuat kuih-muih semasa perayaan sehingga beliau akhirnya berkeputusan untuk terus mengembangkan bakat beliau dengan membuat,menjual dan mengambil tempahan membuat kekyang pada mulanya hanya untuk keluarga terdekat dan sahabat handai sahaja sehingga beliau digalakkan oleh semua yang oernah merasa kek beliau untuk membuat perniagaan secara 'online'.

Mula mendapat pendedahan internet di Pusat Internet Felda Bersia,beliau memulakan langkah pertama mempromosikan kek-kek tempahan dan kuih-muih beliau di laman facebook'bee cake' pada awal tahun 2013.Dengan semangat dari petugas pi1m mengalakkan beliau untuk terus berniaga secara 'online' beliau kemudian mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Melihat akan kesungguhan beliau untuk terus berjaya petugas Pusat Internet telah mendaftarkan beliau sebagai peserta Get Malaysian Business Online (GMBO) sebagai langkah ke arah memantapkan lagi kewangan dalam menguruskan perniagaan.

Pada peringkat awalnya,beliau kurang mahir dalam memasukkan gambar ke dalam laman web dan akaun facebook tetapi setelah mendapat pendedahan dari Pusat Internet beliau semakin mahir dan berkeputusan untuk memantapkan lagi perniagaan dengan mengambil inisiatif dengan menyertai kelas-kelas KDB,1MTRIS dan kelas keusahawanan yang telah diadakan di Pusat Internet Felda Bersia setelah mengetahui kelebihan dan perkhidmatan yang disediakan di sini.Beliau juga sering hadir menghadiri kelas-kelas serta sebarang aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet dan sehingga sekarang apabila beliau kelapangan dan berkesempatan.

Selain itu,beliau juga selalu mendapat didikan dan ajaran melalui facebook dari pengurus bila mana beliau ingin menanyakan sesuatu dan sekiranya beliau tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pembelajaran.Sehingga sekarang produk belian mendapat sambutan yang begitu mengalakkan di seluruh kawasan Gerik ini.