PENGUSAHA PRODUK ASAS TANI MAKANAN KERING DAN BASAH SEPERTI TOCHU,TOGE,SOYA,SOS CILI DAN SOS MENYICAH

 Nama:Pn Juriah Binti Abu

 Umur:58 Tahun

 Ahli:2017

 

Latar belakang

Pn. Juriah seorang suri rumah pada asalnya dan mula meniaga kecil-kecilan menjual toge sahaja pada mulanya dan makin lama mula menghasilkan soya dan touhu. Bila perniagaan beliau mendapat perhatian dari jabatan pertanian beliau didokong untuk membuat Sos Cili dan Sos Pencicah pula.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

 Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dikawasan Felda Bersia dan sekitar Gerik juga hanya pada ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Beliau juga kini telah melangkah lebih laju dan jauh dengan meletakkan Sos beliau di kedai-kedai runcit didalam Felda Besia dan mendapat tempahan di luar Felda Bersia juga.