MENGUSAHA KUIH TRADISIONAL

 Nama:Pn Aishah Rodiah Bt Shaharuddin

 Umur:40 Tahun

 Ahli:2017

Latar belakang

Seorang surirumah yang bercita-cita tinggi disamping membantu kewangan keluarga, Pn Aishah seorang yang rajin dan minat yang mendalam pada kuih tradisional membuat beliau berkeputusan untuk turut sama berkongsi dengan masyarakat masa kini yang rata-rata lebih ‘moden’ walaupon dengan kuih.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dikawasan Felda Bersia dan sekitar Gerik juga hanya pada ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Beliau juga kini telah melangkah lebih laju dan jauh dengan mempromosikan kuih beliau di laman sosial seperti facebook, dan mula mendapat sambutan dari majlis-majlis kenduri kahwin untuk ‘door gift’, ‘raya’ dan majlis-majlis tertentu.