SEORANG YANG SUKA DAN MAHU BELAJAR ICT WALAUPUN KADANG ADA KEKANGAN DARI KELUARGA ,WANG DAN SEKOLAH

 Nama:Siti Humairah Bt Mohd Sabri

Umur:12 tahun

Ahli:2014

 Latar belakang

Adik Humairah seorang yang pendiam dan mula menunjuk minat pada ICT sewaktu mengikut abang nya dating ke Pusat Internet Felda Bersia tetapi mengambil masa selama hampir 2 bulan untuk menjadi ahli PI kerana membuat bayaran keahlian secara ansuran dan kekangan keluarga.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Seorang yang sangat pemalu dan tidak berani untuk mencuba. Tidak berani untuk gerakan tetikus apatah lagi menekan untuk melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Sudah mempunyai akaun sosial ‘facebook’ sendiri, kerap mengikuti kelas di PI, rajin bertanya dan sentiasa cuba hadir dan mengikuti setiap kelas, program atau pertandingan yang petugas sediakan. Sudah menjadi ahli PI selama 3 tahun dan aktif sehingga kini.