PENGUSAHA MAKANAN 

 Nama:Pn Rozita Binti Mohamed Isa

 Umur:42 Tahun

 Ahli:2017

Latar belakang

Puan Rozita atau lebih mesra dengan panggilan kak Ita seorang yang ramah dan bersemangat dalam berniaga. Kak Ita mula meniaga lauk pauk untuk makan tengahari di kedai adik-nya di dalam Felda Bersia.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Skop pelanggan yang beliau ada hanyalah yang menjadi kebiasaan, orang yang sama dan pelanggan yang sama. Pendapatan juga kadang bergantung pada hari dan cuaca.

Selepas penggunaan ICT /PENGLIBATAN PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan. Dengan sifat ramah dan tidak sombong beliau yang mudah mesra sudah mempunyai pelanggan di sekitar kawasan Felda Bersia selain dari masakan beliau yang segar dan sedap. Tetapi kini setelah beliau mula mempromosi perniagaan beliau dalam laman sosial seperti ‘my shop’ Dashboard PI dan Facebook, masakan beliau turun manjadi tumpuan dari guru-guru sekolah dan juga ketua-ketua jabatan untuk majlis-majlis tertentu.Pendapatan pula sudah menunjukkan keberkesanan dan boleh mula tersenyum gembira.