MENJUAL MAKANAN  DAN MINUMAN 

 Nama: Pn Rosmaria Susanti Binti Mohammed Isa

 Umur: 37 tahun

 Ahli: 2017

 

Latar belakang

Puan Rosmaria lebih dikenali sebagai kak Ros merupakan usahanita yang telah lama berniaga secara kecil-kecilan di sini. Ibu kepada tiga orang anak yang masih bersekolah merupakan seorang wanita yang hebat dan rajin

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Skop pelanggan yang kak Ros hanya pada yang mengenali dan pada anak sekolah kerana gerai kak Ros pada laluan sekolah.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Kak Ros telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana kak Ros akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Dengan sifat ramah dan tidak sombong kak Ros yang mudah mesra sudah mempunyai pelanggan di sekitar kawasan Felda Bersia selain dari menu yang disediakan makin pelbagai dan sentiasa ada menu istimewa. Kak Ros mula mempromosi perniagaan dalam laman sosial seperti ‘my shop’ Dashboard PI dan Facebook dan mula mendapat sambutan yang mengalakkan.