PENGUSAHA PRODUK ASAS TANI MAKANAN KERING DAN BASAH SEPERTI TOCHU,TOGE,SOYA,SOS CILI DAN SOS MENYICAH

 Nama:Pn Juriah Binti Abu

 Umur:58 Tahun

 Ahli:2017

 

Latar belakang

Pn. Juriah seorang suri rumah pada asalnya dan mula meniaga kecil-kecilan menjual toge sahaja pada mulanya dan makin lama mula menghasilkan soya dan touhu. Bila perniagaan beliau mendapat perhatian dari jabatan pertanian beliau didokong untuk membuat Sos Cili dan Sos Pencicah pula.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

 Beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dikawasan Felda Bersia dan sekitar Gerik juga hanya pada ahli keluarga dan sahabat handai sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan.Beliau juga kini telah melangkah lebih laju dan jauh dengan meletakkan Sos beliau di kedai-kedai runcit didalam Felda Besia dan mendapat tempahan di luar Felda Bersia juga.

USAHANITA PRODUCK KECANTIKAN DAN KESIHATAN LELAKI DAN WANITA

 Nama:Nor Hafisah Bt Mat Nadzeri

 Umur:35 tahun

  Ahli:2017

 

Latar belakang

Nor Hafisah asalnya hanya menjadi ‘dropship’ kepada produk kesihatan dan kecantikkan tetapi kini beliau sudah mempunyai kedai kecil dan produk yang diambil secara kecil-kecilan dan diletakkan di kedai beliau.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Pelangan beliau makin bertambah dari hari ke hari dengan kekerapan beliau membuat promosi didalam talian seperti ‘facebook’ dan ‘whatapps’, begitu juga pendapatan beliau makin bertambah dari hari ke hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 28.2.2017 untuk program ‘DASHBOARD’ dan ‘Literasi ICT’ dimana beliau akan turut serta dalam program Intel (Entrepreneurship Basic)mengikut kelas yang telah ditetapkan

BELAJAR CARA EDIT GAMBAR DAN ASAS KEUSAHAWANAN

  Nama:Nor Leli Bt Mohd Zawawi

  Umur:45 tahun

  Ahli:2017

Latar Belakang

Pn Nor Leli baru berusia 45 tahun ini dan mula menjinakkan diri dengan ICT sejak beberapa tahun dulu. Tetapi atas desakan hidup dan kesempitan masa beliau terpaksa tanguh minat dan niat ingin belajar demi mengutamakan anak dan suami disamping pelanggan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI 

Beliau hanya berurus niaga dirumah dah pernah ditipu oleh seseorang yang mengaut keuntungan melalui kedaifan beliau yang kurang ilmu dalam ICT.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah nampak sinar dan perubahan yang perlu dan mesti dilakukan utuk beliau terus dikenali secara terus oleh pelanggan beliau. Beliau lebih percaya untuk menggunakan medium gerai atas talian yang terdapat di PI seperti ‘MY SHOP’ kerana lebih menjamin dan selamat.