PUSAT INTERNET FELDA BERSIA

Pusat Internet  Felda Bersia terletak di kedudukan strategik iaitu bersebelahan dengan Pejabat Felda dan berhadapan dengan Balai Polis Felda Bersia juga disebelah bilik mensyuarat GPW. Pusat Internet Felda Bersia mula beroperasi pada Julai 2013 dan dirasmikan oleh YB Dato Hasbullah Osman, ADUN Gerik pada 13.12.2013.

Kampung Felda Bersia berada dalam kawasan Gerik dan didalam kawasan ADUN Temenggor dimana jarak antara bandar Gerik ke Felda Bersia lebih kurang 12 kilometer. Felda Bersia berada di laluan Lebuhraya Timur Barat Gerik ke Jeli. Kampung Felda Bersia terbahagi kepada tiga belas blok dan berhampiran dengan Kampung Bongor, Kampung Pecah Batu dan juga Kampung Bandariang.

Hingga kini ahli Pusat Internet  Felda Bersia semakin hari semakin bertambah dengan aktiviti dan sambutan dari penduduk Felda sendiri serta galakan dari pengurus Felda, En Rahim Bin Jamhari dan jugak sokongan penuh dari pengerusi GPW, Pn. Nazariah Bt Yusop untuk terus memastikan Pusat Internet Felda Bersia dapat terus beroperasi dengan jaya di felda ini sekaligus membantu secara langsung dan tidak langsung akan aktiviti dan pendapatan penduduk.

Pusat Internet  Felda Bersia juga boleh dicari menggunakan aplikasi google maps mengunakan *link dibawah:

 Pusat Internet   Felda Bersia