1) PUAN NOOR BAINUM BINTI ZULKIFLI

Puan Nor Bainum Binti Zulkifli atau lebih dikenali melalui media popular dengan nama Bee Cake, https://www.facebook.com/BeeCakeandBiscuit merupakan seorang usahanita yang sangat dikenali kini di Daerah Gerik dengan rasa kek beliau yang sangat digemari oleh semua lapisan umur di sini.

Beliau bermula dengan membantu ibu beliau membuat kuih dan menjual secara kecil-kecillan dan kemudian mengorak langkah setapak dengan menbuat kuih-muih semasa perayaan sehingga beliau akhirnya berkeputusan untuk terus mengembangkan bakat beliau dengan membuat,menjual dan mengambil tempahan membuat kek yang pada mulanya hanya untuk keluarga terdekat dan sahabat handai sahaja sehingga beliau digalakkan oleh semua yang pernah merasa kek beliau untuk membuat perniagaan secara 'online'.

Mula mendapat pendedahan internet di Pusat Internet (PI) Felda Bersia, beliau memulakan langkah pertama mempromosikan kek-kek tempahan dan kuih-muih beliau di laman fabebook 'bee cake' pada awal tahun 2013. Dengan semangat dari petugas Pusat Internet menggalakkan beliau untuk terus berniaga secara 'online' beliau kemudian mendaftar perniagaan beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Ogos 2013.

Melihat akan kesungguhan beliau untuk terus berjaya dalam perniagaan beliau, maka petugas Pusat Internet telah mendaftarkan beliau sebagai peserta Get Malaysian Business Online (GMBO) sebagai langkah kearah memantapkan lagi kewangan beliau dalam menguruskan perniagaan.

Kalau dahulunya, beliau hanya menggunakan hasil pusingan modal untuk membeli segala keperluan barang-barang untuk membuat kek tapi kini setelah beliau menerima bantuan Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1000) dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melalui program GMBO menerusi Pusat Internet Felda Bersia, dimana beliau turut juga mempromosi perniagaan kek beliau di http://www.beecake.com.my yang masih dalam proses penambahan kerana beliau semakin sibuk setelah perniagaan beliau mendapat sambutan yang sangat menggalakkan setelah beliau membuat perniagaan secara 'online'.

Pada peringkat awalnya,beliau kurang mahir dalam memasukkan gambar ke dalam laman web dan akaun facebook, tetapi setelah mendapat pendedahan dari Pusat Internet beliau semakin mahir dan berkeputusan untuk memantapkan lagi perniagaanya dengan mengambil inisiatif dengan menyertai Kelas-kelas KDB, 1MTRIS dan Asas Internet yang telah diadakan di Pusat Internet Bersia setelah mengetahui tetap kelebihan dan perhikmatan yang disediakan di Pusat Internet Felda Bersia. Beliau juga sering menghadiri kelas-kelas e-keusahawan,kelas penggunaan laman sosial serta sebarang aktiviti yang dijalankan Pusat Internet  sehingga kini bila mana beliau berkesempatan.

Selain itu, beliau juga turut mendapat didikan dan ajaran melalui facebook dari pengurus Pusat Internet  iaitu Pn Afifa bila mana beliau ingin menanyakan sesuatu dan sekiranya beliau tidak dapat menghadirkan diri pada sesi pengajaran bersama Pn Afifa kerana untuk membuat laman web dan mengemaskini laman web, para peserta GMBO diberi kelas persendirian untuk memudahkan mereka memahami dan sekaligus memberi pengajaran yang lebih berkesan dan efektif.

 

  

 

 

2) GOTONG ROYONG (PEMBERSIHAN PADANG BOLA)

TARIKH   :  12 FEBRUARI 2017

MASA      : 3.00 PETANG - 6.00 PETANG

TEMPAT  : PADANG BOLA FELDA BERSIA

BERSAMA JKKK, JKKR, DAN BELIAWANIS FELDA BERSIA

 

   

                                             

 

3) PROGRAM DIALOG TERTUTUP

TARIKH   : 9 FEBRUARI 2017

MASA      : 9.00 MALAM - 10.15 MALAM

TEMPAT  : DEWAN MESYUARAT JKKR

BERSAMA AGENSI PENGURUSAN FELDA BERSIA, JKKK, JKKR, DAN GPW

 

  

              

 

 

3) PROGRAM SESI DIALOG BERSAMA MAJLIS BELIA FELDA BERSIA

TARIKH  : 03 FEBRUARI 2017

MASA     : 8.00 MALAM

TEMPAT  : DEWAN MESYUARAT JKKR

 

   

 

 

4) AKTIVITI PEMBERSIHAN DAN MENGECAT DEWAN ORANG RAMAI FELDA BERSIA

TARIKH  : 29 JANUARI 2017

MASA     : 2.00 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT  : DEWAN ORANG RAMAI FELDA BERSIA

 

   

                              

 

 

4) GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN TANAH KUBUR FELDA BERSIA

TARIKH  : 22 JANUARI 2017

MASA     : 09.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

TEMPAT  : TANAH PERKUBURAN FELDA BERSIA

PENGLIBATAN DENGAN KERJASAMA JKKK, JKKR, Badan Khairat Kematian, RELA

 

   

                

 

 

5) AKTIVITI MEMBUAT BUBUR ASYURA PERINGKAT BELIA 

TARIKH : 30 OKTOBER 2016

MASA    : 9.00 PAGI

TEMPAT : CAR WASH FELDA BERSIA

   

 

 

6) PERASMIAN PEMBUKAAN LOT KEDAI

ACARA                     : PERASMIAN PEMBUKAAN LOT KEDAI (USAHAWAN BELIA) DAN  SUKAN INDOOR

                                  PERINGKAT PEMUDA ZON BELIA

TARIKH                   : 31 JULAI 2016 / 8.00 PAGI - 2.00 PETANG

TEMPAT                  : PADANG AWAM FELDA BERSIA/ LOT KEDAI (BELIA)

PERASMIAN OLEH  : YB DATO' HASBULLAH

ANJURAN               : MAJLIS BELIA FELDA BERSIA (MBFB)

    

 

'ZIARAH PEMUDA' BANTUAN RAYA (PEMUDA PRIHATIN)

 

TARIKH      : 1 JULAI 2016

TEMPAT      : RUMAH PENDUDUK FELDA BERSIA

PROGRAM    : ZIARAH PEMUDA 

 

  

                       

 

7) PROGRAM AMAL (PEMUDA BELIA FELDA BERSIA)

 

TARIKH      : 22 JUNE 2016

TEMPAT      : RUMAH PENDUDUK FELDA BERSIA

PROGRAM    : PROGRAM AMAL UNTUK MEMBAIKI LANTAI SIMEN YANG TELAH ROSAK