SELAMAT DATANG 

     

          

Selamat datang ke gerbang portal Pusat Internet Felda Bersia, Gerik Perak. Portal ini disediakan bagi menyampaikan maklumat dan informasi yang berguna kepada para pengunjung khususnya penduduk di Felda Bersia tentang kewujudan Pusat Internet Felda Bersia ini.

Pusat Internet Felda Bersia merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan olehTelekom Malaysia Berhad (TM) dibawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Pusat Internet  Felda Bersia atau PI telah mula beroperasi pada Julai 2013 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Hasbullah Osman pada 13 Disember 2013. Lokasi Pusat Internet adalah sangat srategik dimana ianya bersebelahan dengan Pejabat Pengurusan Felda dan berhadapan Balai Polis Bersia.

Terdapat pelbagai kemudahan yang terdapat di Pusat Internet Felda Bersia dengan harga yang sangat berpatutan berbanding tempat lain. Keistimewaan Pusat Internet ini antaranya ialah syarat untuk menggunakan kemudahan Pusat Internet Felda Bersia harusnya menjadi ahli Pusat Internet Felda Bersia  dahulu dengan bayaran hanya Ringgit Malaysia Lima sahaja (RM5) untuk seumur hidup.

Pusat Internet Felda Bersia diuruskan oleh dua (2) orang petugas yang bekerja setiap hari kecuali cuti umum. Petugas tersebut adalah:

Pengurus PI                          : AFIFA BINTI MAT YUSOFF  (013-4359598)

Penolong Pengurus              : NAJWA AMIRA BINTI ZULKEFLI (017-5705936)

Alamat PI                              : PUSAT INTERNET  FELDA BERSIA

                                               JALAN SEKOLAH, 33320

                                               GERIK, PERAK

Email PI                                : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook                             : https://www.facebook.com/PI1MFELDABERSIA/?fref=ts