Bagaimanakah rupa dan bunyi bahasa Gerik Ulu ini, . Daerah Gerik terletak di utara negeri Perak. Jika di dalam pembahagian kawasan iaitu Perak Hilir, Perak Tengah dan Perak Hulu maka daerah Gerik terletak di kawasan Perak Hulu atau Hulu Perak. Daerah Gerik ini juga berjiran dengan daerah dari negeri jiran iaitu Kedah dan Thailand di sebelah utara dan Kelantan di sebelah timur. Daerah Gerik bersempadan dengan daerah Baling, Kedah dan daerah Betong, Thailand. Dan bersempadan dengan tanah jajahan Jeli, Kelantan. 

Ramai yang masih tidak mengetahui bagaimanakah rupa dan bunyi dialek bahasa Gerik ini.Kebanyakan orang luar dari negeri perak  tidak mengetahui apa yang tuturkan oleh orang Gerik. Mereka menyangkakan bahawa kebanyakan orang Gerik sedang bertutur dalam bahasa Kelantan atau Terengganu. Sedangkan tidak! Sama sekali tidak.Kebanyakan orang Gerik bertutur dalam bahasa Gerik Ulu yang digunakan separuh daripada penduduk daerah Gerik. Di bawah ini di antara contoh perkataan yang sering digunakan oleh orang gerik dalam pertuturan harian. 

Perkataan baku bahasa melayu : Pergi Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : GiBahasa Kelantan : GiBahasa popular utara  Pi Perkataan baku bahasa melayu : Mereka Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : Dema ('ma' dibaca seperti nak bunyi 'mo', tapi tidak berbunyi begitu.Hanya hampir2 nak bunyi 'mo' saja)Bahasa Kelantan : Demo Bahasa popular utara : Depa, lepa ('pa' dibaca seperti nk bunyi 'po') Perkataan baku bahasa melayu : Awak Bahasa Gerik Ulu, Baling dan Sik : Mu Bahasa Kelantan : Mu Bahasa popular utara : Hang

Perkataan baku bahasa melayu : Kamu Bahasa Gerik Ulu : Mika ('ka' dibaca seperti nak bunyi 'ko', tapi tidak berbunyi begitu.

Hanya hampir2 nak bunyi 'ko' saja)Bahasa Kelantan : Puak mu Bahasa Sik dan Baling : Moha atau Huma ( 'ma' juga dibaca seperti nak bunyi 'mo')  Bahasa popular utara : Hampa
Perkataan baku bahasa melayu : Tersangat manisBahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Manih letingBahasa Kelantan : Manih leting 

Bahasa popular utara : Manih melecas Perkataan baku bahasa melayu : Kampung Sungai Limau ( nama tempat di Baling)Bahasa Gerik Ulu,Baling dan Sik : Kapong Sunge Limo ( 'nge' dibaca dgn bunyi seperti menyebut perkataan 'where' dlm B.I.)Bahasa Kelantan : Kapung Sunga Lima.

   

Kampung Felda Bersia ini berasal dari Tanah Rancangan Felda Bersia yang dibangunkan oleh Kerajaan Pusat dibawah Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dan di urus tadbir FELDA. Mula tahun 2015 Felda telah diletak terus di bawah urusan dan jagaan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Felda Bersia mula di buka pada tahun 1960 dan mula di tempatkan peneroka pada 1963 bagi peringkat SATU, pada 1965 peringkat DUA dan tahun 1968 peringkat TIGA yang berjumlah seramai 342 keluarga. Nama Felda Bersia ini diambil dari nama kampung asalnya Bersia Lama sebuah kampung tradisional yang berdekatan dengan Felda Bersia.

Tika dulunya, Felda Bersia merupakan tanah rancangan yang mengusahakan getah tetapi kini disini mereka lebih mengutamakan tanaman sawit selain pendapatan sampingan seperti usahatani yang lain seperti pisang, taugeh juga tebu. Kebanyakkan penduduk wanita kini tidak lagi menjadi suri rumah tangga semata tetapi mereka juga turut membantu suami dan keluarga dengan mengambil upah menjahit dan menjual secara atas talian setelah diperkenalkan 'Get Malaysian Business Online' (GMBO) oleh kerajaan setahun lepas.

Walaupun Felda kini tidak lagi sama seperti dulu, tetapi disini masih lagi mengamalkan amalan gotong-royong semasa kenduri, hidup bermasyarakat dan amalan nenek moyang seperti menziarah jiran tetangga, bacaan yassin dan melawat orang sakit. Malah, untuk mengeratkan hubungan kemasyarakatan, penduduk Felda Bersia aktif mnyertai program - program seperti sambutan hari kemerdekaan, jamuan hari raya, aktiviti membuat bubur asyura dan sebagainya. Tambahan, program berbentuk ilmiah dan kerohanian turut dijalankan di masjid dan juga surau untuk membentuk peribadi yang mulia di kalangan penduduk di sini.