MAKANAN DI FELDA BERSIA

1) NAMA  :Puan Noorazifah bt Muhamad Yunus.
   UMUR   : 43 Tahun
   PRODUK: Penderam dan Buah Rotan

Puan Noorazifah bt Muhamad Yunus merupakan seorang usahanita yang sangat dikenali di Felda Bersia dengan rasa kuih muih buatan beliau yang sangat digemari oleh semua lapisan umur di kawasan Felda ini.Beliau bermula dengan kecil-kecilan membuat kuih-muih untuk di hantar ke kedai-kedai berhampiran bagi menampung beban keluarga beliau. Kini, seluruh kampung mengemari kuih-muih yang dibuat oleh beliau . Beliau berazam ingin menperbanyakkan lagi koleksi kuih muih beliau dari semasa ke semasa. Dengan adanya Kampung Tanpa Wayar (KTW) di Felda Bersia ini memudahkan lagi beliau untuk mencari resepi kuih muih yang terbaru yang boleh dipelajari daripada internet. Kuih penderam dan kuih rotan adalah salah satu kuih yang selalu mendapat permintaan tinggi dari penduduk kampung.

      

 

2) NAMA     : Aisyah Binti Subki
    UMUR     : 31 Tahun
    PRODUK  : Acar Limau Homemade

 

Puan Aisyah Binti Subki merupakan usahanita yang baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan sejak awal tahun 2016 setelah berhenti kerja di syarikat RISDA lantaran ingin menumpukan sepenuh masa dan perhatian kepada keluarga beliau. Disamping menjadi surirumah sepenuh masa, beliau mengintai peluang dan berjinak- jinak menceburi bidang perniagaan acar limau homemade yang sememangnya digemari oleh masyarakat setempat.

Hampir setiap hari permintaan acar limau semakin tinggi dan sehingga mendapat permintaan untuk salah satu hidangan makanan bagi majlis perkahwinan dan sebagainya. Beliau juga menerima tempahan acar limau ini untuk pelbagai majlis, jamuan atau sebagainya.

Pada peringkat awalnya, beliau kurang yakin untuk memasarkan produk acar limau homemade menerusi laman sosial seperti facebook, namun atas sokongan petugas Pusat Internet Felda Bersia, beliau mula berjinak - jinak untuk memasarkan produk beliau. Lebih membanggakan produk beliau mendapat sambutan dan permintaan tinggi dari penduduk luar Felda Bersia.

Pada masa sekarang, beliau hanya menggunakan facebook personal iaitu https://www.facebook.com/eiychah?fref=ts untuk memasarkan dan mempromosikan produk acar limau homemade tersebut kerana kekangan masa. Puan Aisya juga telah mendapat pendedahan mengenai latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet  Felda Bersia dan sedikit sebanyak telah membantu beliau merancang dan mengurus perniagan beliau dengan lebih baik.

 

      

 

3) NAMA     : Encik Tuah
    UMUR     : 49 tahun
    PRODUK : Roti canai dan nasi lemak

 

Encik Tuah merupakan salah seorang peniaga roti canai di Felda Bersia. Beliau memulakan perniagaan membuat roti canai pada awal tahun 2015 dan membuka sebuah kedai di Tapak Perniagaan Felda Bersia. Keenakan roti canai beliau tersebut sekaligus mendapat tempat di hati pelanggan yang datang dari dalam dan luar Felda Bersia. Harga untuk sekeping roti canai hanya RM1.00 dan menjadi santapan para pelanggan yang datang ke kedai Encik Tuah pada setiap pagi. Kedai Roti Canai ini beroperasi dari pukul 7.30 pagi sehingga 11.30 pagi setiap hari.

 

    

             

 

4) NAMA     : AINUL MARZIAH BINTI RAMLI
    UMUR     : 32 TAHUN
    PRODUK : PELBAGAI ANEKA KEK DAN ROTI

 

Puan Ainul Marziah Binti Ramli merupakan seorang usahanita yang menjalankan perniagaan menjual kek dan roti secara kecil - kecilan di Felda Bersia. Beliau hanya membuat kek dan roti jika terdapat tempahan dari pelanggan. Pada mulanya beliau tidak yakin untuk menceburi bidang ini, namun beliau nekad untuk menceburi bidang ini di samping menambahkan pendapatan. Harga jualan kek dan roti adalah sangat berpatutan dan dijamin sedap. Malah, setiap hari Puan Ainul Marziah sentiasa mencuba resepi baru untuk dijadikan jualan.

 

  

   

 

 

  5) NAMA     : PUAN HASHIMAH
      UMUR      : 54 TAHUN
      PRODUK  : IKAN PEKASAM LOMA
 
 
Puan Hashimah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau mengambil inisiatif untuk meningkatkan pendapatan harian keluarganya dengan menjalankan perniagaan kecil - kecilan iaitu dengan menjual ikan pekasam loma. Produk ikan pekasam loma beliau mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk Felda Bersia dan juga di luar Felda Bersia. Harga ikan pekasam loma yang dijual amat berpatutan dan sering mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan beliau. Ikan pekasam loma dijual di dalam balang plastik dan juga dibungkus dalam plastik.