Sekiranya suatu hari nanti aktiviti sosial akan dibuka semula, individu penting seperti guru, ustaz, imam dan tok siak akan menjadi NEXT FRONTLINERS !

Mereka akan bertanggungjawab untuk memastikan pelajar, jemaah dan masyarakat mematuhi “Norma Baru” serta memastikan langkah pencegahan dilakukan dengan sempurna.

Ibu bapa dan masyarakat perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka dan akur dengan peraturan ketat yang bakal dikuatkuasakan.

Ia bukan suatu perkara yang mudah, tetapi kita mesti melakukannya untuk meneruskan keharmonian sosial dan pembangunan masyarakat dan didalam masa yang sama mencegah kluster sekolah dan masjid.

Andakah anda sudah bersedia? Kita mesti bersedia!

next fronliner