Pendidikan Felda Bersia

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERSIA (FELDA)

Sekolah Menengah Kebangsaan Bersia (Felda) atau nama ringkasnya SMK Bersia (Felda), merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Felda Bersia. SMK Bersia (FELDA) mula beroperasi pada 7 Januari 1980. Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 1979. Sebelum ini anak-anak peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Persekutuan Bersia terpaksa berulang alik sejauh 40 km sehari untuk menimba ilmu di SMK Sultan Idris Shah II, Gerik.

ALAMAT            : SEKOLAH MENENGAH BERSIA (FELDA) 33320, GERIK, PERAK.

KOD SEKOLAH : AEA7002

TELEFON          : 057911526

FAKS                 : 057912452

        

SEKOLAH KEBANGSAAN RKT BERSIA

Sekolah ini mula dibuka pada 25hb januari 1964, menumpang sementara di sebuah bangsal mengawit tembakau kepunyaan Malayan Tobacco Company (MTC). Seramai 112 orang murid dan 4 orang guru menjadi pelopor sekolah pada masa ini.Encik Mohd  Ali bin Md Yasin telah dilantik menjadi Guru Besar pertama sekolah ini . En Fakhalrazi b Ahamad Khatidin adalah guru besar yang berkuatkuasa pada 2011 sehingga sekarang.

EMEL                 : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

TELEFON          : 057915002

FAKS                 : 057915040

            

SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Sekolah Agama Rakyat dibina di Felda Bersia bertujuan untuk memberikan pendidikan agama kepada pelajar darjah 1 sehingga darjah 6. Sekolah Agama Rakyat ini terletak ditengah - tengah antara Dewan Orang Ramai Felda Bersia dan Sekolah Kebangsaan RKT Bersia.

TADIKA KEMAS FELDA BERSIA

Di Felda Bersia, terdapat tiga Tabika Kemas. Sebuah bangunan dikongsi oleh dua buah tabika iaitu Tabika Kemas 1& 2, manakala Tabika Kemas 3 terletak berhampiran Pusat Internet Felda Bersia. Penubuhan tiga buah Tabika Kemas ini adalah kerana terlalu ramai bilangan pelajar tabika pada setiap tahun yang terdiri daripada kanak - kanak berusia 4, 5 dan 6 tahun. Justeru itu, pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengambil inisiatif untuk menubuhkan tiga buah Tabika Kemas di Felda Bersia.