Pemakaian topeng muka juga merupakan antara norma baru bagi melindungi masyarakat di tempat awam dari jangkitan virus.

Ia bukan tindakan WAJIB tetapi ia satu langkah kawalan sukarela bagi masyarakat untuk menbantu mengekang penularan virus. Penggunaan topeng muka berguna terutamanya apabila anda berada di tempat awam.

Gunakan topeng muka dengan betul dan pastikan ia menutup bahagian hidung dan mulut sehingga ke bawah dagu. Jika anda menggunakan topeng muka DIY, pastikan ianya bersih dan digunakan dalam masa yang pendek sahaja. Jangan guna ia berulang kali. (Tanpa di basuh)

Kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan memakai topeng muka kerana risiko lemas. Tiada keperluan untuk anda membawa anak keluar pada tempoh ini.

Walaubagaimanapun, memakai topeng muka bukan menggantikan strategi pencegahan penjarakan sosial. Memakai topeng muka bukan bermakna anda boleh berhimpun atau berdiri rapat rapat.
.
Berikut merupakan tips cara menghasilkan topeng muka DIY

 

t 1  

 

t2

 

t3

 

t4

 

t5

 

t6

 

t7

 

t8

 

t9