APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

KEPADA PENIAGA-PENIAGA YANG INGIN MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PETUGAS PUSAT INTERNET, SILA HUBUNGI SEPERTI YANG TERTERA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI TERLEBIH DAHULU.

HARAP MAKLUM,

SEKIAN, TERIMA KASIH.

makluman gkp