Pada waktu ini, masyarakat disarankan untuk kerap mencuci tangan. Namun ada satu masalah yang biasa berlaku apabila terlalu kerap membasuh tangan iaitu - kulit kering.

Berikut merupakan langkah pencegahan tangan kering.

1. Selepas basuh tangan, elakkan menggosok tangan dengan tuala. Hanya tekapkan tuala dengan perlahan

2. Selepas dibiarkan seketika, gunakan krim tangan. Krim tangan lebih baik berbanding losyen badan kerana ia berasaskan minyak.

3. Elakkan produk krim tangan yang berbau wangi, mengandungi retinol, serum atau bahan anti penuaan.

4. Elakkan berkongsi krim tangan untuk menjaga kebersihan.

5. Sebelum tidur, sapu krim tangan dengan lebih tebal atau gunakan vaselin.

cegah tangan kering