1. SOP pengkhususan anak frontliners di pusat jagaan kanak kanak telah disalah tafsir sesetengah pihak sebagai satu bentuk diskriminasi kepada anak anggota kesihatan.

2. Pengkhususan ini adalah bertujuan untuk mencegah penularan jangkitan berdasarkan faktor risiko yang telah diperhalusi.

3. Alternatif kepada pengkhususan ini adalah untuk menyediakan taska khusus untuk anak anak frontliners ( petugas kesihatan dan anggota keselamatan)

4. Untuk makluman, mewujudkan taska di tempat tempat kerja bukan suatu agenda baru. Kerajaan sebelum ini juga pernah mencadangkan perkara yang sama.

5. Terkini, perkara ini turut disuarakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Dr Noor Hisham sendiri.

6. Mewujudkan taska khas juga telah dilaksanakan di negara lain seperti US

7. Ini adalah waktu terbaik untuk merealisasikan taska di tempat kerja. Ini adalah peluang untuk merealisasikan agenda baik ini. Jika bukan sekarang bila lagi?

8. Kewujudan taska khas untuk petugas kesihatan bukan sahaja penting semasa tempoh pandemik malah sangat bermanfaat untuk tempoh jangka panjang memandangkan waktu bekerja petugas yang tidak menentu.

9. Kita mampu mewujudkan pusat kuarantin MAEP dan pelbagai fasiliti penting dalam tempoh singkat. Mengapa tidak taska jagaan?

AE