TARIKH      : 09.03.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

str 1

 

Tujuan:

Petugas PEDi membantu penduduk komuniti di Felda Bersia untuk membuat permohonan baru dan mengemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka dari 1 mac 2023 sehingga 31 mac 2023. Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

 

Aktiviti:

Pemohon hanya perlu memohon di laman web Sumbangan Tunai Rahmah iaitu di https://bantuantunai.hasil.gov.my/PermohonanSTR? Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan. Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

 

GAMBAR AKTIVITI