TARIKH      : 05.04.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : ORANG AWAM

 

eprasekolah3

 

Tujuan:

Membantu orang awam untuk permohonan kemasukan ke prasekolah KPM secara dalam talian. Terdapat dua kaedah permohonan iaitu secara dalam talian atau manual. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.

Aktiviti:

Permohonan dibuat di laman web https://eprasekolah.moe.gov.my. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.

GAMBAR AKTIVITI