TARIKH      : 07.09.2023

 TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

 PESERTA  : AHLI PEDi

 

2

Tujuan:

Ahli PEDi menggunakan kemudahan PEDi untuk memohon rumah mesra rakyat secara talian. Program rumah mesra rakyat ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Aktiviti:

Petugas PEDi membantu ahli PEDi untuk memohon rumah mesra rakyat secara talian. Kelayakan pemohon hendaklah berumur 18 sehingga 65 tahun. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk).

GAMBAR AKTIVITI