BELAJAR CARA EDIT GAMBAR DAN ASAS KEUSAHAWANAN

  Nama:Nor Leli Bt Mohd Zawawi

  Umur:45 tahun

  Ahli:2017

Latar Belakang

Pn Nor Leli baru berusia 45 tahun ini dan mula menjinakkan diri dengan ICT sejak beberapa tahun dulu. Tetapi atas desakan hidup dan kesempitan masa beliau terpaksa tanguh minat dan niat ingin belajar demi mengutamakan anak dan suami disamping pelanggan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI 

Beliau hanya berurus niaga dirumah dah pernah ditipu oleh seseorang yang mengaut keuntungan melalui kedaifan beliau yang kurang ilmu dalam ICT.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah nampak sinar dan perubahan yang perlu dan mesti dilakukan utuk beliau terus dikenali secara terus oleh pelanggan beliau. Beliau lebih percaya untuk menggunakan medium gerai atas talian yang terdapat di PI seperti ‘MY SHOP’ kerana lebih menjamin dan selamat.