BELAJAR MENGGUNAKAN KOMPUTER SERTA MELAYARI INTERNET

 Nama: SITI AISYAH BINTI ABDULLAH

Umur: 11 Tahun

Ahli: 2020

 

Latar belakang

Adik Siti Aisyah adalah seorang pelajar Tahun 5 yang telah menyertai kelas E-Tuisyen Sains di Pusat Internet Komuniti Felda Bersia. Kemudahan internet yang terdapat di PIK telah membolehkan beliau menyertai sesi pembelajaran dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Ini telah menambahkan lagi pengetahuan adik Aisyah dalam bidang IT dan aplikasi yang digunakannya selama menyertai E-tuisyen adalah Zoom.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Seorang yang kurang pengetahuan tentang IT dan tidak berani mencuba menggunakan perkakasan digital seperti komputer.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Mula yakin dengan diri sendiri dan sudah pandai menggunakan komputer serta asas-asas sesuatu perisian.