Individu yang mengisi minyak di pam menggunakan kad kredit, debit kad atau menambah angin tayar secara berseorangan, membuat pembayaran di kaunter tingkap di luar premis, TIDAK PERLU mengimbas kod MySejahtera
Individu yang melakukan pembayaran atau transaksi di dalam premis untuk pembelian petrol, diesel, barangan atau keluarkan duit melalui mesin ATM, menggunakan tandas dan surau maka PERLU mengimbas kod MySejahtera atau daftar secara manual.
Mereka yang menghantar kenderaan ke bengkel bersebelahan stesen minyak dan perlu menunggu, maka aplikasi MySejahtera PERLU digunakan atau daftar secara manual.
Individu yang cuci kenderaan, pun PERLU mengimbas kod MySejahtera kecuali bagi perkhidmatan cuci kenderaaan automatik, dimana mereka tidak membuat bayaran di premis atau melalui tingkap.