TARIKH : 21.10.2024 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 4, GERIK PESERTA : GURU DAN PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan:
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak menjemput NADI Kluster Hulu Perak untuk mengadakan pameran dan memberi ceramah kepada warga Sekolah Kebangsaan Batu 4, Gerik, bersempena Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : Kasih Kanak-Kanak Peringkat Daerah Hulu Perak. Program ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Batu 4, Gerik. Objektif program adalah bagi meningkatkan kefahaman kanak-kanak berkenaan situasi kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan perlindungan.
Aktiviti:.
-Memberi ceramah berkenaan keselamatan, pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak.
-Sesi kuiz berkaitan isi kandungan ceramah.
-Pembukaan kaunter saringan kesihatan oleh pihak NADI bagi membolehkan pelajar atau guru membuat ujian saringan kesihatan.