Nama:Kelas Membuat sampul raya menggunakan Abode Photoshop

Masa:10.00 pagi - 5.00 petang

Tarikh:6.6.2018

Tempat:Pusat Internet Felda Bersia

 

 

Tujuan:Mendedahkan peserta cara membuat sampul raya seperti yang dibeli.Peserta diberi kebebasan memilih corak bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Aktiviti:Peserta diberi tugasan mencari image berkaitan selamat hari raya  melalui GOOGLE ,kemudian file tersebut perlu disimpan dalam 1 file di destop supaya mudah prose mencari image yang ingin dibuat.Peserta didedahkan cara  menggunakan adobe photoshop asas seperti (ctri+T untuk mendegit image),(cntrl+- untuk image menjadi kecil cntrl + + - untuk zoom image menjadi besar),menggunakan layer supaya image menjadi cantik.Peserta diajar cara meletakan image yang sesuai.Hasil rekaan sampul raya peserta akan PRINT dan dijadikan sampul raya.

Gambar KLIK DISINI

 

 


Nama:Pertandingan Mewarna sempena Bulan Puasa

Masa:8.30 pagi -12.30 tengahari

Tarikh:25.5.2018

Peserta:Tabika kemas felda bersia 3

 

Tujuan: Semua peserta diberi sehelai lukisan  untuk  mewarnakan animasi upin ipin sempena bulan puasa .

Aktiviti:Peserta diberi pendedahan tentang syarat pertandingan sebelum memulakan pertandingan.Peserta dikehendaki mengikut dan mewarna setiap lukisan yang diberi dengan jelas dan menarik.Terdapat 4 orang pemenang telah berjaya mewarna dengan cantik seterusnya berjaya menjadi pemenang dalam pertandingan mewarna ini. 

 

Gambar KLIK DISINI

 


Nama:Program Hari bersama Komuniti PI Kluster Hulu Perak

Masa:24.4.2018

Lokasi:Pusat Internet Felda Nenering

Peserta:Komuniti

 

Tujuan:Memperkenalkan dan empromosikan Pusat Internet kepada komuniti sekitarnya dan memperkenalkan produk serta perkhidmatan terkini Pusat Internet.

Aktiviti: Terdapat 4 Pusat Internet yang bergabung untuk Hari bersama Komuniti  seperti Pusat internet  Pekan Gerik,Pusat internet Felda Bersia,Pusat internet Pengkalan Hulu dan tuan rumah Pusat internet Felda Nenering.Terdapat banyak agensi yang terlibat ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, KOSPEN, Kolej Komuniti Gerik, Jabatan Tenaga Kerja (Jobs Malaysia), GPW, MARA dan Majlis Belia Felda. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah Aspek Wanita iaitu pertandingan membuat gubahan daripada kain ,pertandingan membuat rendang dari umbut pisang,pertandinagn membuat jus durian belanda, Kaunter E-Aduan, Check Your Mobile, Menarik di Hulu Perak, Frog Vle, Dakwah Digital, Klik Dengan Bijak, MyHealth dan lain-lain lagi.

Gambar KLIK DISINI

 


Tarikh     : 29 April 2018

Masa:     : 10.00 Pagi- 1.00 Petang

Tempat   : Dewan Terbuka Felda Bersia, Gerik Perak.

 

Tujuan:Memberikan pendedahan kepada komuniti di Felda Bersia untuk menyampaikan berita yang sebenarnya serta mempromosikan portal Sebenarnya.my yang terdapat di PI1M.

Aktiviti:Jelajah karnival Sebenarnya.my yang dianjurkan oleh SKMM dengan kerjasama oleh PI1m Kluster Hulu Perak  iaitu Pusat Internet Gerik,Pusat Internet Felda Bersia,Pusat Internet Lawin,Pusat Internet  Felda Nenering,Pusat Internet Pengkalan Hulu,Pusat Internet  Kg Raban dan Pusat Internet Lenggong telah diadakan di Dewan Terbuka Felda Bersia Gerik. Karnival ini telah menampilkan Tn. Hj Hushim Bin Hj. Salleh dalam menyampaikan slot ceramah bertajuk: "Berita Palsu Musuh Negara". Selain itu, terdapat aktiviti servis motor secara percuma oleh GiatMARA Gerik untuk komuniti , persembahan dari kumpulan Buskers, kenduri rakyat dan cabutan nombor bertuah. Pengunjung yang hadir juga turut diberikan minyak masak secara percuma dengan menjawab berkaitan dengan PI1M dan pengetahuan Am.

Gambar KLIK DISINI


Nama: Install Dashboard Komuniti

Masa:10.00 pagi -5.30 petang

Tarikh :8.5.2018

Peserta:komuniti 

Tujuan:Menggalakkan ahli Pusat Internet Felda Bersia untuk mendownload aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar disamping menambah bilangan ahli yang menggunakan aplikasi ini.

Aktiviti:Ahli diminta mendownload aplikasi di playstore  dalam telefon bimbit masing-masing dahulu.. Seterusnya memasuki aplikasi dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan password. Seterusnya ahli diberi penerangan mengenai modugl yang terdapat di dalam aplikasi dashboard komuniti. Ahli yang mendownload aplikasi ini mendapat saguhati baju dashboard komuniti dari Pusat Internet Felda Bersia .

Gambar KLIK DISINI