KAHOOT bersama adik-adik ahli Pusat Internet Felda Bersia

 Pada 14 & 15 Januari 2017, telah diadakan Program KAHOOT bersama adik - adik ahli Pusat Internet  Felda Bersia. Tujan program ini diakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang aktiviti berilmu yang mereka boleh dapat dari internet dan sekaligus membantu mereka untuk lebih pantas berfikir dan bersaing. Antara aktiviti utama program ini adalah Klik Dengan Bijak (KDB), Bahasa Melayu, Tahap Kepekaan Mata dan juga Tahap Mengingati. Program selesai pada pukul 5.00 petang.

 PROGRAM ADVOKASI KDB

Pada 3 dan 7 November 2016, Pusat Internet  Felda Bersia telah mengadakan Program Advokasi KDB yang disertai oleh pelajar lepasan UPSR SK Mahkota Sari, Gerik. Program ini diadakan di Pusat Internet  Gerik dan juga  penglibatan dari Pusat Internet Lawin Selatan. Program yang diadakan selama dua hari ini bertujuan mendedahkan cara penggunaan internet yang betul dan bijak, sekaligus memberi kesedaran kepada pengguna. 

TAKLIMAT BERSAMA PBT GERIK (Program Hari Dashboard Kluster Hulu Perak)

Bersempena Hari Dashboard Kluster Hulu Perak yang didadakan pada 18 November 2016,  Pusat Internet  seluruh Hulu Perak telah mengadakan sesi penerangan kepada PTB mengenai aplikasi baru yang dilancarkan di semua Pusat Internet  iaitu Dashboard. Malah program ini telah mendapat sambutan positif daripada setiap ketua jabatan dan akan membuat mesyuarat untuk berkongsi bersama kakitangan masing - masing untuk sampaikan maklumat mengenai kelebihan aplikasi Dashboard yang Pusat Internet  sediakan. 

ADVOKASI KDB DI PENGKALAN HULU ( Kluster Hulu Perak )

Advokasi KDB telah diadakan pada 23 - 25 September 2016 bertempat di Padang Orang Ramai Pengkalan Hulu. Tujuan Program Advokasi ini diadakan adalah untuk memfokuskan Advokasi KDB dan juga pengenalan  E-Waste. Pelbagai aktiviti menarik seperti Cross Word KDB, selfie terbaik, pencarian perkataan KDB, cabutan bertuah dan pelbagai lagi aktiviti. Program Advokasi ini turut dihadiri oleh Puan Hanita Izam Bt Abd Rahman yang merupakan Penolong Pengarah MCMC Negeri Perak.  

AMBANG KEMERDEKAAN KE 59 PUSAT INTERNET FELDA BERSIA

Pada 28.8.2016 (Ahad) , Pusat Internet Felda Bersia telah mengadakan aktiviti melukis catan bendera Malaysia. Tujuan aktiviti adalah untuk memupuk semangat patriotisme bersama adik - adik Felda Bersia sekaligus menarik mereka sebentar dari alam maya supaya mereka masih merasa semangat untuk bersama -sama  menyambut Hari Kebangsaan yang ke 59. Aktiviti ini melibatkan adik - adik (Ahli) Pusat Internet  Felda Bersia menyertai Program Ambang Merdeka di Pusat Internet Felda Bersia bersama -sama petugas. Program ini sekaligus dapat  menjana idea dan semangat patriotisme selain dari menarik mata mereka dari alam maya dan juga merapatkan hubungan sesama mereka. 

PERTANDINGAN  MENAIP PANTAS

Aktiviti ini melibatkan adik-adik (ahli) Pusat Internet  Felda Bersia menyertai pertandingan menaip pantas. Pertandingan berlangsung selama satu jam tiga puluh minit dan terbahagi kepada dua peringkat umur . Pertandingan ini sering mendapat sambutan dan segala keputusan adalah hasil dari kepantasan mereka menaip dan masa yang telah ditetapkan oleh aplikasi tersebut. Memperkenalkan adik-adik kepada teknologi atau kemudahan yang terdapat dalam internet iaitu melatih adik-adik untuk manaip dengan pantas. Tambahan, melentur buluh biar dari rebung, sementara mereka masih muda jadi aktiviti ini dapat melatih jari adik-adik untuk lebih pantas menaip dan menghafal papan kekunci komputer. Selain itu, aktiviti ini juga sebagai salah satu aktiviti untuk mengajar adik-adik supaya berdaya saing secara sihat sekaligus meningkatkan persaingan yang sihat antara mereka.Kita juga dapat mencukil bakat baru dikalangan adik-adik dengan melihat kepantasan mereka manaip dari melakukan aktiviti tidak sihat seperti bermain permainan atas talian dan sebagainya.

PROMOSI PUSAT INTERNET  DAN KDB TALK

Pada 4 Jun 2016, telah diadakan sebuah program bertempat di Dewan Orang Ramai Felda Bersia yang disertai oleh pelajar UPSR Hulu Perak. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mempromosi Pusat Internet  , kemudahan yang disediakan dan kesedaran dan keselamatan semasa melayari internet (Klik Dengan Bijak). Mempromosi Pusat Internet  Felda Bersia serta kemudahan yang disediakan dan tawaran-tawaran menarik bagi yang ingin menjadi ahli dan keistimewaan ahli Pusat Internet  Felda Bersia. selain itu, petugas turut menerapkan dan memberi kesedaran tentang pentingnya mengambil tahu tentang cara-cara yang betul dalam melayari internet terutama dalam bersosial dalam laman seperti facebook, wassup dan sebagainya. Kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya dan itulah yang petugas lakukan dengan memberi peluang dan sekaligus kesedaran  dalam melayari internet.dengan hanya bayaran ringgit malaysia lima (rm5) sahaja pelbagai kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh adik-adik di hulu perak. Selama dua jam petugas bersama adik-adik upsr dari daerah hulu perak petugas dapat rumuskan bahawa mereka rata-rata telah faham dan tahu pentingnya untuk berhati-hati dalam melayari internet dengan tidak sewenang-wenangnya menerima orang yang tidak dikenali sebagai kawan. Selain itu, keberkesanan yang dapat petugas lihat ialah setelah program promosi tersebut selesai, terdapat beberapa orang adik-adik upsr hadir ke pusat internet untuk menjadi ahli dan sekaligus menyertai kelas bersama petugas.

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN LATIHAN MEDIA BARU 

Pada 7 Mei 2016, bertempat di Pusat Internet  Felda Bersia telah diadakan program Klik Dengan Bijak (KDB) khas untuk ahli - ahlinya. Jumlah ahli yang mengikuti program ini adalah 15 orang.  Tujuan diadakan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada ahli - ahli Pusat Internet  megenai tatacara yang betul semasa melayari internet khususnya laman sosial seperti Facebook, Instagram dan pelbagai lagi. Sesi penerangan mengenai Latihan Media Baru turut diadakan untuk menambah pengetuhuan peserta mengenai media baru. Malah didalam program ini diselitkan aktiviti sampingan iaitu kuiz "Cari Makana KDB". Program selama 3 jam itu mendapat pandangan positif daripada ahli Pusat Internet  Felda Bersia. 

KELAS ASAS KOMPUTER (MICROSOFT WORD) DAN TAYANGAN VIDEO KLIK DENGAN BIJAK

Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mendedahkan dan memberi tunjuk ajar kepada ahli Pusat Internet  Felda Bersia (pelajar sekolah rendah tahap 2) menggunakan Microsoft  Word dan tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Petugas mengajar kepada peserta cara menggunakan Microsoft Word dengan betul dan memaparkan video Klik Dengan Bijak untuk memberi pendedahan kepada ahli  Pusat Internet Felda Bersia menggunakan laman sosial dengan betul. Ahli  Pusat Internet 1Malaysia Felda Bersia dikehendki menggunakan  Microsoft Word untuk menulis surat, karangan dan sebagainya. malah, merupakan satu langkah awal untuk memahirkan diri mereka menggunakan aplikasi Microsoft Word. Seterusnya, aktiviti tayangan  video  klik dengan  bijak dimana untuk memberi pengetahuan mengenai klik dengan bijak (kdb) semasa menggunakan laman sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. 

PEMERIKSAAN TEKANAN DARAH (MYHEALTH)  DAN AKTIVITI ONLINE COLORING

Pada 4 Mac 2016, Pusat Internet  Felda Bersia telah mengadakan sebuah program dengan kerjasama Tabika KEMAS 3. Program tersebut ialah pemeriksaan tekanan darah (MYHEALTH) dan juga aktiviti Online Coloring. Program tersebut mula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari, disertai seramai 20 orang murid tabika KEMAS. Petugas telah membuat membuat pemeriksaan  kesihatan ‘tekanan darah” , sekaligus memberi pengenalan serba sedikit kepada pelajar tadika kemas 3 Felda Bersia mengenai Myhealth  dan aktiviti online coloring (mewarna atas talian kepada pelajar tadika). Aktiviti online coloring bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tadika menggunakan komputer sebagai medium untuk belajar mewarna dan membiasakan mereka menggunakan aplikasi komputer.

KELAS PENGENALAN KEPADA MY HEALTH DALAM DASHBOARD

  

Tujuan aktiviti ini dianjurkan oleh petugas Pusat Internet  Felda Bersia untuk memberi kesedaran mengenai aplikasi di Pusat Internet  dan kepentingan kesihatan. Malah, memberi peluang kepada ahli Pusat Interent  Felda Bersia bergembira sambil melayari internet sambil membuat pemeriksaan kesihatan ‘tekanan darah’ dan sekaligus membuat promosi pengenalan kepada aplikasi Dashboard. Selain dari ‘My health’  petugas turut memperkenalkan ‘My shop’ kepada ahli yang hadir terumata adik-adik pengunjung setia.