TARIKH    : 24.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

Tujuan :

Kelas geran usahawan perak sejahtera 2024 (GERAK). Melalui google meet. Kelas ini adalah untuk menerangkan cara untuk mendaftar permohonan geran usahawan perak (GERAK). Serta kaedah perolehan. Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan hampir RM1 juta bagi inisiatif bantuan Geran Usahawan Perak Sejahtera atau GeRAK bagi tahun ini. Dengan ini lebih ramai berpeluang untuk memohon.

Aktiviti :

Kelas di lakukan secara online.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 22.04.2024

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI CILIK NADI

 

1

Tujuan: 

Pelajar sekolah hadir ke NADI Felda Bersia untuk menggunakan kemudahan komputer di NADI. Dengan tujuan mencari idea untuk projek STEM di sekolah. STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

Aktiviti:

Pelajar melayari laman YouTube untuk mencari idea yang kreatif.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 19.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

Tujuan :

Kelas resume menggunakan canva diadakan terbuka kepada golongan komuniti lepasan sekolah dan yang ingin memohon pekerjaan. Resume adalah untuk meyakinkan pihak majikan bahawa anda layak menjalani proses temuduga. Di samping itu juga, resume juga satu medium yang bagus untuk menunjukkan kemampuan serta bakat.

Aktiviti :

Petugas NADI Felda Bersia membantu peserta membuat resume sebagai persediaan untuk proses permohonan pekerjaan. Di samping itu juga dengan menggunakan Canva penulisan resume peserta menjadi lebih kreatif.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 21.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

Tujuan :

Geran yang tidak perlu dibayar semula ini terbuka kepada semua jenis perniagaan (kecuali aktiviti pertanian dan penternakan). Geran yang terbuka kepada semua kaum ini juga bertujuan untuk membantu usahawan PMKS negeri perak meningkatkan kapasiti, keupayaan pengeluaran, produktiviti, sistem, pemasaran, jenama dan pembungkusan usahawan terlibat ke tahap yang lebih berkualiti dan baik.

Aktiviti :

Petugas NADI Felda Bersia membantu peserta membuat permohonan geran usahawan perak melalui online. Serta mengikut syarat yang ditetapkan.

 

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 18.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

Tujuan

Petugas di NADI Felda Bersia membantu usahawan memperbaharui lesen SSM melalui ezBiz. Pentingnya perbaharui lesen SSM. Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM50 ribu. Selain itu, banyak kemudahan yang bakal peroleh jika memilik sijil SSM.

Aktiviti

Pembaharuan pendaftaran hanya melalui ezBiz. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan. Klik di simbol 'Action' untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.

GAMBAR AKTIVITI