TARIKH     : 7.11.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : PETUGAS PEDI

 

4

Tujuan:

Petugas PEDi mengikuti kursus membuat sijil digital bersama petugas – petugas pedi kluster Perak. Kursus ini di bimbing oleh Wan Muhamad iaitu Penolong Pengurus PEDi Pekan Grik. Dengan mengikuti kursus ini dapat mengasah ilmu pengetahuan untuk para petugas PEDi.

Aktiviti:

Kursus di lakukan secara atas talian menggunakan aplikasi google meet. Serta aplikasi canva dan juga google drive.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 23.10.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : AHLI PEDI

 

1

 

Tujuan:

Ahli PEDi iaitu pelajar SMK Bersia telah menyertai aktiviti STEM membuat tangan robotik di PEDi Felda Bersia. STEM adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik.

Aktiviti:

Aktiviti membuat tangan robotik hanya perlu guna beberapa bahan iaitu kertas A4, pen, benang atau tali, Sellotape dan straw. Caranya adalah lukis tapak tangan, dan gunting bentuk tangan tersebut. Setalah itu hanya perlu menampal straw dan memasukkan benang ke dalam straw.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 14.10.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

 PESERTA  : AHLI PEDi

 

3

Tujuan:

Ahli PEDi telah hadir ke PEDi Felda Bersia untuk menyertai kelas asas menggunakan microsoft word bagi membuat tugasan akhir.

Aktiviti:

Ahli PEDi telah menggunakan kemudahan komputer di PEDi. Ahli PEDi menggunakan microsoft word untuk menaip tugasan. Selain itu, petugas menunjuk ajar cara edit format tulisan, justify paragraph, spacing paragraph supaya perenggan tersusun kemas. Petugas juga mangajar cara masukkan gambar serta ajar susunan gambar agar kelihatan kemas. Pengguna turut menggunakan kemudahan printing di PEDi. Kemudahan internet di PEDi memudahkan pengguna untuk mencari bahan-bahan pembelajaran, maklumat penting yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan. 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 18.10.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

2

Tujuan:

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Pelajar USIM telah menggunakan kemudahan PEDi Felda Bersia untuk membuat semakan keputusan peperiksaan akhir semester.

Aktiviti:

Pelajar USIM telah menggunakan kemudahan PEDi Felda Bersia untuk membuat semakan keputusan peperiksaan akhir semester.

GAMBAR AKTIVITI

 

 

 

 

 

 

TARIKH     : 08.10.2023

TEMPAT    : DATARAN LOMA, KUALA RUI GERIK

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

1

Tujuan:

Petugas PEDi telah hadir ke program fiesta loma di dataran loma kuala rui. Program Fiesta Loma mendapat sambutan yang sangat meriah dari penduduk tempatan dan jiran-jiran sekeliling.

Aktiviti:

Terdapat pelbagai aktiviti yang dianjurkan di fiesta loma, gerai jualan pelbagai jenis makanan dan minuman serta booth pameran dari pelbagai agensi turut memeriahkan lagi Fiesta Loma Gerik. Terdapat aktiviti mewarna bagi kanak – kanak. Perlumbaan rakit yang di sertai dari pelbagai agensi kerajaan serta penduduk setempat. Pertandingan berasaskan ikan loma iaitu menyauk, menyiang dan memasak ikan loma. Pertandingan badang gerik serta pertandingan perahu berhias.

 

GAMBAR AKTIVITI