TARIKH       : 29.05.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : AHLI PEDi

 

taklimat 2

 

Tujuan: 

Taklimat pendaftaran perniagaan anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Suruhanjaya Syarikat Malaysia {SSM) telah melancarkan insiatif pendaftaran perniagaan secara percuma melalui Skim Pendaftaran Perniagaa n Prihatin {SPPP) kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajarIPTA/ PTS/Kolej/ Pusat Kemahiran dan sebagainya secara sepenuh masa dan mengikuti pengajian didalam negara .

Aktiviti:

SSM memberi penerangan tentang tawaran inisiatif Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) selama setahun kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPTA / IPTS. Selain itu, SSM juga menunjukkan cara memohon dan syarat memohon inisiatif tersebut. Sesi taklimat dijalankan secara atas talian. Beberapa peserta menyertai taklimat secara atas talian, dan ada juga peserta hadir ke PEDi untuk menyertai taklimat 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 22.05.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

akaun1

 

Tujuan:

Petugas PEDi membantu penduduk komuniti Felda Bersia mengajar membuat akaun mengunakan Microsoft Excel.

Aktiviti:

Petugas PEDi mengajar tentang penggunaan autofill dan formula dalam Microsoft Excel untuk menyediakan akaun kira-kira yang lebih sistematik. Petugas PEDi juga mengajar cara-cara untuk membuat data entry supaya data lebih tersusun dan kemas.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 15.05.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

sains5

 

Tujuan:

Pelajar sekolah rendah menggunakan kemudahan PEDi untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran sains. Dengan kemudahan yang ada, pelajar dapat melayari internet, serta mendapat banyak maklumat dan pengetahuan. Selain itu juga, dapat menyelesaikan kerja sekolah mereka.

Aktiviti:

Petugas PEDi membantu pelajar sekolah rendah untuk mencari maklumat kerja sekolah berkaitan sains melalui google serta youtube. Banyak maklumat yang diperoleh.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 19.05.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : AHLI PEDi

 

minit mesyuarat 1

 

Tujuan: 

Pengguna menggunakan kemudahan PC di PEDi untuk membuat minit mesyuarat. Minit mesyuarat adalah satu rekod bertulis tentang perkara-perkara yang dibincangkan dalam satu kumpulan.

Aktiviti:

Pengguna datang ke PEDi untuk menggunakan kemudahan PC dan internet bagi membuat laporan minit mesyuarat. Pengguna menggunakan Microsoft Word untuk untuk merekodkan minit mesyuarat. Semua maklumat mesyuarat perlu dinyatakan merangkumi tarikh, hari, masa, dan tempat mesyuarat. Pengguna turut menggunakan servis printing di PEDi. 

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 08.05.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : USAHAWAN

 

renew4 renew 2

 

Tujuan

Petugas di PEDi Felda Bersia membantu usahawan memperbaharui lesen SSM melalui ezBiz. Pentingnya perbaharui lessen SSM jika gagal Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM50 ribu. Selain itu, banyak kemudahan yang bakal peroleh jika memilik sijil SSM.

Aktiviti

Pembaharuan pendaftaran hanya melalui ezBiz. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan. Klik di simbol 'Action' untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.

 

GAMBAR AKTIVITI