TARIKH       : 14.07.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : AHLI PEDi

 

ezbiz1

 

Tujuan

Petugas PEDi membimbing usahawan membuat pendaftaran lesen meniaga SSM menggunakan sistem EZIBIZ bagi memudahkan urusan jual beli diantara peniaga dan pembeli. Dengan adanya sijil SSM sedikit sebanyak dapat membantu pembeli untuk mempercayai peniaga.

Aktiviti

Pendaftaran lesen niaga SSM menggunakan sistem EZIBIZ

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH       : 06.07.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : AHLI PEDI

 

stamp1

Tujuan:
LHDNM Menawarkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 pengecualian bayaran penalti ke atas duti setem bermula 6 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024. Penghapusan penalti hanya diberikan kepada pembayar duti setem yang memohon untuk menyertai PKPS 2.0 sahaja bagi suratcara yang ditandatangan pada atau sebelum 1 Mei 2023.

Aktiviti:
Petugas PEDi membantu ahli PEDi untuk membuat permohonan, dengan cara kemukakan permohonan taksiran duti setem secara dalam talian. Selepas permohonan taksiran dikemukakan, semak maklumat duti dan penalti yang perlu di bayar dalam notis taksiran. Kemudian masukan permohonan rayuan penalti. Bayar duti setem secara dalam talian tanpa penalti setelah rayuan penalti diluluskan.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH        : 23.06.2023

TEMPAT       : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA     : PETUGAS PEDi

 

mesyuarat1

Tujuan:

Sesi mesyuarat Pengarah MCMC Negeri Perak bersama Petugas PEDi Perak.

Aktiviti:

Mesyuarat yang diadakan secara bersemuka dan juga secara online ini bertujuan untuk memperkenal Pengarah MCMC Negeri Perak yang baharu iaitu En Mohd Irwan Mohamed kepada semua petugas-petugas PEDi di negeri Perak. Selesai sesi berkenalan, sesi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dan perkara yang diusulkan berhubung dengan PEDi di Perak turut diadakan

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH       : 25.06.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

cilik1

 

Tujuan:

PEDi Felda Bersia telah membuat program mewarna sempena Hari Raya Korban. Memberi peluang kepada para peserta untuk menyerlahkan bakat mewarna dengan cantik.

Aktiviti:

Pertandingan mewarna diadakan bertemakan Hari Raya Korban yang di sertai oleh Ahli Cilik PEDi Felda Bersia. Pelajar di kehendaki mewarnakan seluruh gambar yang diberi. Hanya 3 pemenang yang akan dipilih.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH       : 16.06.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : PELAJAR SEKOLAH

 

EKAD4

 

Tujuan:
Cipta dan reka kad digital (e-kad) yang moden dan baru untuk sempena Raya Haji. Salah satu platform yang boleh digunakan untuk membuat kad raya digital adalah menggunakan Canva. Dengan Canva, kita boleh mereka pelbagai aneka kad digital menarik secara percuma sahaja.


Aktiviti:
Petugas PEDi mengajar tentang penggunaan Canva kepada pelajar sekolah. Dengan membuka laman web Canva. Kemudian tekan pada carian, hanya perlu taip Hari Raya e-card. Pilih mana-mana rekaan template yang ditawarkan untuk dijadikan kad raya digital. Selepas itu, lakukan beberapa suntingan atau penambahan dengan tools yang disediakan sehingga berpuas hati.

GAMBAR AKTIVITI