TARIKH     : 17.03.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : USAHAWAN

 

ssm1

 

Tujuan

Membantu usahawan mendaftar perniagaan di laman web EzBiz SSM.

 

Aktiviti

Membantu usahawan mengisi borang pendaftaran ssm. Seterusnya memuat naik dokumen yang diperlukan. Setelah itu usahawan membuat bayaran. Setelah selesai, usahawan perlu menunggu beberapa hari untuk prosess pendaftaran.  

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 09.03.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

str 1

 

Tujuan:

Petugas PEDi membantu penduduk komuniti di Felda Bersia untuk membuat permohonan baru dan mengemaskini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka dari 1 mac 2023 sehingga 31 mac 2023. Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang berkelayakan dari segi pendapatan, status perkahwinan dan tanggungan.

 

Aktiviti:

Pemohon hanya perlu memohon di laman web Sumbangan Tunai Rahmah iaitu di https://bantuantunai.hasil.gov.my/PermohonanSTR? Pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas akan terus diperkasakan di bawah Kerajaan Perpaduan. Bantuan tahunan oleh Kerajaan sebelum ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Sara Hidup (BSH), dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH : 17.02.2023

TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA : USAHAWAN

 

CANVA2

 

Tujuan

Petugas di PEDi Felda Bersia memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara membuat poster digital melalui aplikasi Canva secara dalam talian. Usahawan menggunakan platform ini untuk mengembangkan lagi produk mereka di pasaran dunia.

 

Aktiviti

Pembelajaran ini dilakukan secara dalam talian, kerana Usahawan mengalami kekangan masa untuk datang ke Pusat Ekonomi Digital. Dengan cara ini, usahawan dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam aplikasi canva ini. Bermula dengan pendaftaran akaun canva, masukkan latar belakang, tulisan dan sebagainya. Selain itu, petugas PEDi felda Bersia juga mengajar aplikasi Canva menggunakan telefon bimbit mereka.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

 

 

TARIKH     : 25.02.2023 – 26.02.2023

TEMPAT    : ARENA DATUK HASBULLAH, GERIK PERAK

PESERTA  : KOMUNITI HULU PERAK

 

usahawan4

 

Tujuan:

Program Jelajah Hari Usahawan Negeri Perak 2023 Daerah Hulu Perak. Telah dianjurkan terbuka kepada usahawan, bakal usahawan, peniaga kecil, dan lain-lain untuk berniaga, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perniagaan, kewangan, program bimbingan usahawan dan sebagainya.

 

Aktiviti:

PEDi telah membuka booth untuk pengunjung mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan di PEDi. Selain itu, turut mempromosikan perkhidmatan pendigitalan usahawan sekiranya pengunjung ingin menjalankan perniagaan secara atas talian seperti di platform Shopee, Tiktok, dan sebagainya. Antara program lain adalah pembukaan booth agensi usahawan dan bank, booth jualan produk usahawan, kaunter PERKESO, AKPK, SSM serta jualan barangan keperluan dengan harga subsidi murah oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Program di Rasmikan oleh YAB DATO’SERI SAARANI BIN MOHAMAD Menteri Besar Perak Darul Ridzuan.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

 

TARIKH       : 10.02.2023

TEMPAT      : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

sukukata4

 

Tujuan

Pelajar sekolah rendah telah melakukan latihan suku kata secara online. Dengan ini dapat meningkatkan kemahiran membaca bermula daripada mengenal, mengecam dan mengeja menyebut huruf untuk dapat membentuk perkataan dengan sempurna.

Aktiviti

Menggunakan pendekatan belajar melalui bermain di komputer meningkatkan kemahiran murid kerana bermain adalah fitrah semula jadi kanak-kanak. Aktiviti di lakukan dengan pemantauan petugas PEDi.

 

GAMBAR AKTIVITI