TARIKH : 06.09.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR TAHUN SATU |
Tujuan:
Melatih kanak-kanak untuk meneroka cara penggunaan YouTube menggunakan komputer.
Aktiviti:
Pengguna melayari laman YouTube menggunakan komputer dan menonton rancangan kanak-kanak yang mengandungi pembelajaran bahasa inggeris. Aktiviti ini telah dipantau oleh petugas dan membimbing cara penggunaan YouTube kepada pengguna.
TARIKH : 05.08.2022 TEMPAT : HENTIAN BAS GERIK PESERTA : ORANG AWAM |
Tujuan:
Untuk memupuk semangat patriotisma di dalam diri kalangan generasi muda.
Aktiviti:
Pelabagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan pelancaran kemerdekaan yang dibuat oleh pihak PEDi dan juga agensi-agensi lain yang terlibat. Terdapat juga ramai pelajar dari sekolah-sekolah menengah yang turut turun padang bagi memeriahkan lagi suasana tersebut. Majlis pelancaran bulan kemerdekaan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Shaarani Mohamad.
TARIKH : 19.07.2022 TEMPAT : PEDI FELDA BERSIA PESERTA : ORANG AWAM |
Tujuan:
Membuat resume dengan cara yang mudah untuk memohon pekerjaan.
Aktiviti:
Petugas PEDi telah mengajar pengguna cara membuat resume dengan menggunakan platform Canva di laman web. Pengguna telah melihat contoh-contoh desain resume yang diinginkan dan mula membuat desain sendiri. Pelbagai teknik dan cara telah diajar oleh petugas PEDi kepada untuk membuat isi resume kelihatan mudah dan padat.
TARIKH : 01.08.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : RAKAN DIGITAL PEDi |
Tujuan:
Taklimat bersama Rakan Digital di seluruh PEDi.
Aktiviti:
Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan satu sesi penerangan berkenaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada Rakan Digital PEDi di seluruh negara. Taklimat dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Microsoft Team.
TARIKH : 12.07.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PENGGUNA : PETUGAS PEDI |
Tujuan:
Mengadakan taklimat tentang membina reputasi digital.
Aktiviti:
Pihak Klik Dengan Bijak telah mengadakan program tentang cara pengguna membina reputasi digital. Program ini telah diadakan secara langsung di platform Facebook dan disertai oleh petugas-petugas PEDi. Kuiz mengenai tajuk program tersebut juga telah diadakan di antara petugas-petugas PEDi. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Perak dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC.