TARIKH : 03.06.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR LEPASAN UA |
Tujuan:
Memohon kemasukan ke universiti secara atas talian di laman web UPUOnline.
Aktiviti:
Permohonan kemasukan ke universiti telah dibuka di laman web UPUOnline bagi lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf. Pengguna perlu membeli nombor pin di BSN terlebih dahulu untuk mula membuat permohonan. Pengguna perlu memasukkan maklumat diri dan keluarga serta memilih kos dan universiti yang diminati. Laman Web UPUOnline telah memudahkan pengguna untuk memohon kemasukan universiti tanpa perlu memohon secara 'offline'. Permohonan UPUOnline ini telah dibuka dari 01 Jun 2022 sehingga 28 Jun 2022.
TARIKH : 17.05.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Tujuan:
Mengasah kemahiran pelajar untuk menggunakan Microsoft Word dengan lebih efisien.
Aktiviti:
Pelajar menyertai kelas Microsoft Word untuk mempelajari teknik-teknik dan cara penggunaannya. Pelbagai kemahiran dan teknik telah dipelajari untuk digunapakai pada Microsoft Word dengan lebih cekap dan lebih efisien. Aktiviti ini telah dijalankan dengan menggunakan Microsoft Word.
TARIKH :13.05.2022 TEMPAT :PEDi FELDA BERSIA PESERTA :ORANG AWAM |
Tujuan:
Melayari laman web Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga(TEKUN) untuk membuat pinjaman.
Aktiviti:
Dengan melayari laman web TEKUN, pengguna lebih mudah untuk memohon skim pinjaman daripada TEKUN secara atas talian dan tidak perlu bersusah-payah untuk mengisi borang secara manual. Seterusnya, skim pinjaman yang disediakan oleh TEKUN dapat membantu peniaga-peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.
TARIKH : 17.05.2022 TEMPAT : LAMAN FB KLIK DENGAN BIJAK PESERTA : PETUGAS PEDi |
Tujuan:
Program tentang etika perkongsian di media sosial.
Aktiviti:
Pihak Klik Dengan Bijak telah mengadakan program tentang bagaimana etika perkongsian di media sosial yang perlu diamalkan oleh semua orang. Taklimat berkenaan program tersebut telah diberikan oleh Timbalan Pengarah Pejabat MCMC Wilayah Persekutuan serta dibantu oleh moderator yang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Program ini telah dijalankan secara langsung di laman Facebook KLik Dengan Bijak.
TARIKH :06.05.2022 TEMPAT :PEDi FELDA BERSIA PESERTA :IBU BAPA PELAJAR |
Tujuan:
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) adalah laman web dimana ibu bapa atau pelajar boleh membuat semakan peperiksaan yang lepas dengan memasukkan nombor kad pengenalan serta negeri, daerah dan nama sekolah.
Aktiviti:
Memberi tunjuk ajar tentang bagaimana menggunakan laman web SAPS bagi memudahkan ibu bapa untuk buat semakan keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Selain ibu bapa, pelajar juga boleh membuat semakan peperiksaan. Pengguna perlu memasukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan serta memasukkan maklumat negeri, daerah dan nama sekolah pelajar. Seterusnya, pengguna boleh memilih tahun dan jenis peperiksaan untuk disemak.