TARIKH                        : 16.10.2021

TEMPAT                       : ONLINE (FACEBOOK LIVE)

PESERTA                     : KOMUNITI

 

TUJUAN:

Memberi pengetahuan kepada komuniti terutama golongan remaja tentang kepentingan ilmu berkaitan seksualiti.

Aktiviti:

Forum Seksualiti Remaja Peringkat Negeri Perak anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) Negeri Perak, Lembaga Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhnjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diadakan pada 16.10.2021 secara dalam talian menggunakan medium Facebook Live. Isi penting yang ingin disampaikan adalah bagi membentuk generasi remaja yang memiliki kehormatan diri dan mampu mengendalikan diri daripada penyimpangan seksual. Selain itu, ia juga memberi maklumat kepada mereka bagi memahami diri dan perubahan yang dialami. 
 

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 04.10.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

TUJUAN:

Memberi pengetahuan kepada komuniti tentang kepentingan simpanan di Tabung Haji untuk simpanan menuju ke Baitullah..

Aktiviti:

Tabung Haji Cawangan Gerik dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Daerah Hulu Perak telah mengadakan program taklimat yang bertajuk HAJI DI HATIKU: Simpanan Menuju Baitullah. Program ini telah diadakan pada 4hb Oktober 2021, 10:00 - 11: 00 Pagi. Taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Syazwan B. Abdul Shukor selaku Pengurus Tabung Haji Cawangan Gerik. Aplikasi yang digunakan ialah Google Meet.

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 28.09.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : PETUGAS PIK

 

TUJUAN:

Latihan ini diadakan untuk mempertingkatkan semangat serta memastikan mutu kerja petugas dalam tahap yang memuaskan dan meningkatkan pengetahuan para petugas mengenai kesinambungan Pusat
Internet Komuniti (PIK), sekaligus menjadi agen perubahan masyarakat setempat.

Aktiviti:

Para petugas PIK seluruh Malaysia menyertai program ini melalui aplikasi Google Meet yang dikelolakan oleh pihak MMU Universiti. Program berjalan lancar sehingga tamat waktu.

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 29.09.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : PETUGAS PIK

 

TUJUAN:

Latihan ini diadakan untuk mempertingkatkan semangat serta memastikan mutu kerja petugas dalam tahap yang memuaskan dan meningkatkan pengetahuan para petugas mengenai kesinambungan Pusat
Internet Komuniti (PIK), sekaligus menjadi agen perubahan masyarakat setempat.

Aktiviti:

Para petugas PIK seluruh Malaysia menyertai program ini melalui aplikasi Google Meet yang dikelolakan oleh pihak MMU Universiti. Program berjalan lancar sehingga tamat waktu.

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 24.09.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

 

TUJUAN:

Program ini diadakan bertujuan memupuk semangat cintakan tanahair, mengasah
dan menonjolkan bakat dan juga diharap dapat mengeratkan silaturahim di kalangan para peserta dengan keluarga.

Aktiviti:

Pusat Internet Felda Bersia menganjurkan pertandingan sempena Hari Malaysia kepada warga komuniti. Hebahan pertandingan dilakukan melalui Facebook dan Whatsapp.

Pertandingan yang diadakan: - 1. Gubahan Roti Jala Jalur Gemilang

                                                - 2. Mekap Bendera Malaysia

  1. Para peserta perlu memuatnaik hasil kreativiti mereka di laman Facebook Pusat Internet Felda Bersia. Pertandingan berlangsung dari 07/09/21 sehingga 12/09/21. Penyampaian hadiah diadakan pada 24/9/21 di PIK Felda Bersia.

GAMBAR AKTIVITI