TARIKH                        : 04.12.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

TUJUAN:

Membantu pengguna mendaftarkan qr code dari Mysejahtera.

Aktiviti:

Petugas PIM telah membantu seorang pengguna mendapatkan Qr Code My Sejahtera untuk majlis perkahwinan anaknya.

 

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 10.11.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

TUJUAN:

Membantu memohon penggantian sijil SPM yang telah hilang secara dalam talian.

Aktiviti:

Kini lebih mudah untuk memohon salinan sijil SPM. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menambah baik sistem bagi memohon salinan sijil peperiksaan yang dahulunya para pemohon perlu hadir ke pejabat pendidikan, dan kini kaedah permohonan juga dilakukan secara dalam talian.  Petugas PIM telah membantu ahli PIM yang ingin memohon penggantian sijil SPM nya. Ini amat memudahkan bagi kedua-dua pihak serta sistem bayaran juga dilakukan secara dalam talian. Pemohon hanya perlu menunggu sijil mereka diposkan kealamat pemohon dalam tempoh masa seminggu dari tarikh permohonan.
 

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 23.10.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

 

TUJUAN:

Membantu memudahkan komuniti yang ingin berniaga dalam sektor pemakanan mendapatkan sijil Pengendali Makanan yang diiktiraf.

Aktiviti:

Kursus ini adalah WAJIB sekali seumur hidup untuk semua pengendali makanan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan makanan. Kursus dilakukan secara online bertempat di Pusat Internet Felda Bersia.
 

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 29.10.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : PEMENANG PERTANDINGAN USAHAWAN DIGITAL

 

TUJUAN:

Memberi galakan kepada para usahawan untuk lebih fokus kepada perniagaan yang dijalankan disamping mendapat imbuhan dari Pusat Internet Komuniti.

Aktiviti:

Pusat internet komuniti telah mengadakan satu pertandingan kepada para usahawan digital terutamanya yang memasarkan produk mereka melalui platform Shopee. Seramai tiga orang peserta yang mendapat jualan tertinggi dipilih sebagai pemenang. Hadiah berupa:
   Tempat pertama: RM200.00
   Tempat kedua   : RM150.00
   Tempat ketiga   : RM100.00
 
Penyampaian hadiah telah diadakan pada 29.10.2021 bertempat di Pusat Internet Felda Bersia.
 

GAMBAR AKTIVITI


TARIKH                        : 20.10.2021

TEMPAT                       : PIK FELDA BERSIA

PESERTA                     : KOMUNITI

 

TUJUAN:

Membantu memudahkan komuniti yang mempunyai keperluan terhadap KWSP dan Tabung Haji.

Aktiviti:

Pihak KWSP & Tabung Haji telah hadir ke Pusat Internet Felda Bersia pada 20.10.2021 dan membuka kiosk mereka di dalam PIK bagi memudahkan masyarakat setempat yang mempunyai urusan dengan pihak mereka. Program ini mendapat sambutan meriah daripada komuniti. Program bermula seawal pukul 10.00 pagi dan tamat pada pukul 4.00 petang.
 

GAMBAR AKTIVITI