TARIKH : 21.09.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR SEKOLAH |
Tujuan:
Untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah dalam membuat logo syarikat menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti:
Seramai 11 orang pelajar sekolah telah melibatkan diri dalam program ini dan telah diminta oleh petugas untuk membuat desain logo syarikat . Petugas telah membimbing peserta-peserta tersebut dengan mengajar cara penggunaan platform Canva. Pelbagai desain logo syarikat yang menarik telah dihasilkan oleh peserta-peserta tersebut. Aktiviti ini telah dijalankan dengan menggunakan laman web Canva.
TARIKH : 24.09.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : ORANG AWAM |
Tujuan:
Untuk mengajar usahawan-usahawan kecil dalam membuat bisnes kad menggunakan aplikasi Canva.
Aktiviti:
Seramai 16 orang awam telah melibatkan diri dalam program ini dan telah diminta oleh petugas untuk membuat desain kad bisnes . Petugas telah membimbing peserta-peserta tersebut dengan mengajar cara penggunaan platform Canva. Pelbagai desain kad bisnes yang menarik telah dihasilkan oleh peserta-peserta tersebut. Aktiviti ini telah dijalankan dengan menggunakan laman web Canva.
TARIKH : 09.09.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Tujuan:
Untuk menyerlahkan bakat dalam golongan remaja dalam aktiviti mereka desain.
Aktiviti:
Seramai 14 orang pelajar sekolah menengah telah menyertai program ini dan telah diminta oleh petugas untuk membuat desain poster iklan yang berkaitan dengan perniagaan. Pelbagai desain poster yang menarik telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar tersebut.Sehubungan dengan itu, semua hasil poster iklan yang telah dihasilkan dimuatnaik di laman rasmi Facebook PEDi Felda Bersia. Desain poster yang mendapat 'like' terbanyak akan memenangi pertandingan ini. Aktiviti ini telah dijalankan dengan menggunakan laman web Canva.
TARIKH : 15.09.2022 TEMPAT : FACEBOOK PEDi FELDA BERSIA PESERTA : ORANG AWAM |
Tujuan:
Untuk menajamkan lagi pemahaman asas tentang tatabahasa bahasa inggeris.
Aktiviti:
Orang awam perlu ke laman Facebook PEDi Felda Bersia terlebih dahulu untuk mendapatkan kod QR yang menghubungkan ke laman web World Wall di mana platform quiz disediakan. Tiga orang pertama yang dapat menjawab kuiz dengan betul akan dipilih sebagai pemenang. Kuiz tersebut merupakan kuiz tentang pemahaman asas dalam tatabahasa bahasa inggeris.
TARIKH : 09.08.2022 TEMPAT : PEDi FELDA BERSIA PESERTA : PETUGAS PEDi |
Tujuan:
Taklimat bersama petugas PEDi di seluruh Malaysia.
Aktiviti:
Satu taklimat tentang pelupusan aset lama PEDi telah diadakan di platform Zoom Meeting yang melibatkan seluruh petugas PEDi di seluruh Malaysia. Taklimat ini bertujuan untuk memberi arahan dan panduan kepada petugas-petugas PEDi untuk mengambil semua data aset-aset yang lama untuk digantikan dengan yang baru seperti PC dan komputer riba. Taklimat ini telah disampaikan oleh pegawai TM, Puan Norfirdaus.