TARIKH     : 31.12.2022

TEMPAT    : PEDi BERSIA

PESERTA  : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

lagi1

 

Tujuan:

Mencari maklumat tentang Mikroorganisma, dan jenis-jenisnya.Terdapat empat jenis mikroorganisma yang utama iaitu bakteria, virus, fungi dan protozoa. Bakteria ialah mikroorganisma yang sangat kecil. Bakteria wujud dalam pelbagai bentuk. Kebanyakan bakteria boleh dikelaskan berdasarkan bentuknya.

 

Aktiviti: 

Membuat latihan kerja sekolah tentang Mikroorganisma. Mencari maklumat tentang kebaikan dan kekurangan tentang jenis Mikroorganisma.

Selain itu mencari cara mencegah Mikroorganisma daripada membiak.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

 

 

 

 

TARIKH            : 22.10.2022

TEMPAT           : PEDi BERSIA

PESERTA         : PELAJAR TINGKATAN 2 (SMKB (F)

 

     311275198 820813112673132 6578063322811995554 n

 

 

Tujuan:

Poster yang bertema Bullying ( kekerasan terhadap rakan) ini dibuat dengan tujuan menyampaikan pesan terhadap pelajar untuk menghentikan budaya kekerasan terhadap rakan karena dampak kekerasan terhadap emosi dan fizikal mangsa bukan hanya terlihat pada fisik tetapi juga mental yang sangat berpengaruh pada masa depan mangsa dan juga orang sekeliling.

 

Aktiviti:

Pelajar diminta untuk mencipta sebuah poster bertema 'buli' dikalangan pelajar disekolah mengunakan aplikasi CANVA. Seramai 6 orang pelajar yang menyertaai pertandingan membuat poster selama 3 jam dengan idea berasaskan buli baik dari pengalaman mahupon dari pembacaan dan pengetahuan mereka.

 

GAMBAR AKTIVITI

TARIKH               : 12.10.2022

TEMPAT              : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA            : PEMBANTU TABIKA 

 

310634815 457100232923928 3335560747991000876 n

 

Tujuan:

Membantu surirumah yang ingin memohon kerja sebagai pembantu di Tabika Kemas yang memerlukan kelulusan minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mana telah hilang sijil asal sewaktu berpindah rumah. Sijil dimohon secara atas talian melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia bahagian Lembaga Peperiksaan.

 

Aktiviti:

Mendaftar dahulu sebagai pengguna dengan memasukkan maklumat terkini seperti alamat rumah juga alamat E-mail yang merupakan medan wajib diisi. Juga pemohon perlu mempunyai duit didalam akaun bank yang membolehkan pembayaran dibuat terus dan sijil akan dipos ke alamat yang didaftarkan.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH              :16.10.2022

TEMPAT             : PEDI FELDA BERSIA

PESERTA           : BELIA FELDA BERSIA

 

 

   310575999 1308652183276304 5642465372494736522 n

 

Tujuan: 

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

 

Aktiviti:

Pengisian borang ini bermula dari 30 hari sebelum tarikh cadangan bernikah atau paling lewat, sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh cadangan bernikah. Selepas isi borang online, download dan cetak borang berserta checklist sekali. Sediakan dan semak segala dokumen yang diperlukan berdasarkan checklist.

 

 

GAMBAR AKTIVITI

TARIKH                          : 04.10.2022

TEMPAT                         : DEWAN ARENA PENGKALAN HULU

PESERTA                       : USAHAWAN DAN AGENSI HULU PERAK

 

 IMG20221004121412

 

Tujuan: 

Memberi fahaman kepada masyarakat mengenai asas penubuhan PEDi ini salah satunya adalah penekanan transformasi digital yang menjadi agenda utama di PEDi supaya masyarakat di luar bandar dan  kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital dengan bantuan petugas PEDi.

 

Aktiviti:

Majlis dimulakan dengan pendaftaran pengunjung dan bersediaan tempat untuk usahawan juga agensi-agensi yang terlibat sama . Terdapat aktiviti menjual beli bersama usahawan Hulu Perak, pengunjung juga dapat beramah mesra bersama agensi-agensi jemputan seperti KWSP, menjalani pemeriksaan kesihatan, khimat nasihat dari MARA, BKM, TEKUN dan banyak lagi. Juga ada pertandingan kuiz di meja PEDi selain demo membuat bucket kejutan. Selanjutnya ke majlis perasmian dan penutup majlis dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

 

GAMBAR AKTIVITI