TARIKH      : 18.04.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : KOMUNITI FELDA BERSIA

 

STEP1

 

Tujuan:

Geran GeRAK merupakan bantuan kewangan sehingga RM2,000.00 yang mensasarkan kepada usahawan dalam sektor informal, mikro dan kecil daripada pelbagai industri untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran bagi mengurangkan kebergantungan pada tenaga kerja. Geran GeRAK merupakan program Kerajaan Negeri Perak melalui Sekretrariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Pejabat Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak (wakeUP).

Aktiviti:

Petugas PEDi sedang membantu komuniti Felda Bersia untuk memohon geran gerak usahawan perak. Pemohon perlu menyediakan Salinan Penyata Akaun Bank, Salinan kad pengenalan pemohon, Salinan SSM (jika ada), Salinan Lesen PBT, Sebut harga peralatan yang hendak dibeli dan resit sebagai bukti.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 17.04.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : USAHAWAN

 

ssm02 ssm01

 

Tujuan

Petugas PEDi membimbing usahawan membuat pendaftaran lesen meniaga SSM menggunakan sistem EZIBIZ bagi memudahkan urusan jual beli diantara peniaga dan pembeli. Dengan adanya sijil SSM sedikit sebanyak dapat membantu pembeli untuk mempercayai peniaga.

 

Aktiviti

Pendaftaran lesen niaga SSM menggunakan sistem EZIBIZ

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH      : 05.04.2023

TEMPAT     : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA   : ORANG AWAM

 

eprasekolah3

 

Tujuan:

Membantu orang awam untuk permohonan kemasukan ke prasekolah KPM secara dalam talian. Terdapat dua kaedah permohonan iaitu secara dalam talian atau manual. Tempoh permohonan secara dalam talian bermula 1 Mac hingga 30 April tahun sebelumnya. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei tahun sebelumnya.

Aktiviti:

Permohonan dibuat di laman web https://eprasekolah.moe.gov.my. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2023 hingga 20 Ogos 2023. Ibu bapa/penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang perlu dihantar ke sekolah yang dimohon berserta dokumen-dokumen berkaitan.

GAMBAR AKTIVITI

 

 

TARIKH      : 10.04.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA    : ORANG AWAM

 

37c259b8 401f 425d 949b bbee9fbde314

 

Tujuan: 

Orang awam telah datang ke PEDi untuk membuat surat rasmi dan email tamatkan pembayaran bulanan kenderaan.

 

Aktiviti:

Petugas PEDi telah membimbing orang awam membuat surat rasmi dan email permohonan tamatkan pembayaran bulanan kenderaan.

 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH     : 20.03.2023

TEMPAT    : PEDi FELDA BERSIA

PESERTA  : PELAJAR SEKOLAH RENDAH

 

YOUTUBEEDUCATION1

 

Tujuan:

Melatih pelajar untuk melihat cara penggunaan video YouTube menggunakan komputer. Dengan cara ini boleh meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Aktiviti:

Pelajar melayari laman YouTube menggunakan komputer dan menonton video yang mengandungi pembelajaran sains dalam bahasa inggeris. Aktiviti ini telah dipantau oleh petugas dan membimbing cara penggunaan YouTube kepada pelajar.

GAMBAR AKTIVITI