TARIKH    : 16.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

 

 

Tujuan

Untuk mendapatkan lesen memandu, salah satu syarat yang ditetapkan adalah untuk lulus Ujian Komputer Lesen Memandu. Ujian Komputer Lesen Memandu merupakan ujian yang mengandungi Ujian Warna, Ujian Huruf Nombor, dan Ujian Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang perlu dijawab di dalam komputer. Jika individu tidak lulus untuk ujian ini, mereka perlu mengambil semula ujian tersebut sehingga lulus bagi melayakkan mereka mendapat lesen L.

Aktiviti

Ahli NADI membuat latihan ujian memandu secara online untuk persediaan ujian sebenar.  

GAMBAR AKTIVITI

 

 

TARIKH    : 07.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

2

Tujuan

Petugas di NADI Felda Bersia membantu usahawan untuk membuat akaun penugurusan kewangan menggunakan Microsoft excel. Akaun pengurusan ini penting untuk memastikan duit di dalam akaun syarikat dijaga dengan baik.

Aktiviti

Usahawan merekod mengenalpasti dan menyusun segala aliran duit keluar masuk, membuat anggaran belanjawan dan penyata belanjawan. Dengan menggunakan formula di dalam Excel yang sangat membantu dan memudahkan usahawan dalam membuat kerja-kerja harian mereka.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 23.03.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : KOMUNITI SETEMPAT

 

1

Tujuan:

NADI Felda Bersia telah menyediakan ruang kepada komuniti setempat untuk pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama PADU. Pegawai Perangkaan juga turut membantu komuniti Felda Bersia dan komuniti berdekatan. Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat di PADU bagi memastikan rakyat yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar.

Aktiviti:

- Mendaftar masuk ke dalam sistem PADU.

- Kod pengesahan akan dihantar melalui sms di nombor telefon yang telah berdaftar.

- Mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat.

- Membuat pengesahan kad pengenalan dan wajah sebelum maklumat dihantar. 

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 05.04.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : AHLI NADI

 

1

Tujuan

Petugas di NADI Felda Bersia membantu usahawan memperbaharui lesen SSM melalui ezBiz. Pentingnya perbaharui lesen SSM. Jika gagal berbuat demikian, peniaga tersebut boleh didenda sehingga RM50 ribu. Selain itu, banyak kemudahan yang bakal peroleh jika memilik sijil SSM.

Aktiviti

Pembaharuan pendaftaran hanya melalui ezBiz. Kemudian pendaftaran perniagaan anda akan dipaparkan. Klik di simbol 'Action' untuk meneruskan proses pembaharuan lesen perniagaan. Buat bayaran mengikut transaksi yang dipilih.

GAMBAR AKTIVITI

 

TARIKH    : 17.03.2024

TEMPAT   : NADI FELDA BERSIA

PESERTA : USAHAWAN

 

1

Tujuan

Petugas di NADI Felda Bersia memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara membuat poster kuih raya melalui aplikasi Canva. Usahawan boleh menggunakan platform ini untuk mengembangkan pasaran produk mereka.

Aktiviti

Usahawan dapat mempelajari pelbagai ilmu dalam aplikasi canva ini. Bermula dengan pendaftaran akaun canva, masukkan latar belakang, tulisan dan sebagainya. Selain itu, petugas NADI Felda Bersia juga mengajar aplikasi Canva menggunakan telefon bimbit mereka.

GAMBAR AKTIVITI