Aplikasi MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri (self-assessment) di samping membantu KKM mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play, App Store, dan AppGallery.

#covid19malaysia
#putuskanrantaian
#breakthechain

95035873 10157012507546237 3372334052244717568 o

Tahniah rakyat Malaysia. Rata- ratanya rakyat Malaysia hari ini patuh pada norma baru. Kami sangat berbangga dengan anda semua - Front liner terbaru. Teruskan berjuang. Kita jaga kita. Kita pasti menang!

tahniah rakyat malaysia

APA ITU GERAN KHAS PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

SYARAT KELAYAKAN GERAN KHAS PRIHATIN

Antara syarat-syarat kelayakan Geran Khas PRIHATIN adalah seperti berikut :

1. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia.

2. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik;
3. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019.

4. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

5. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

KEPADA PENIAGA-PENIAGA YANG INGIN MENDAPATKAN BANTUAN DARIPADA PETUGAS PUSAT INTERNET, SILA HUBUNGI SEPERTI YANG TERTERA UNTUK MEMBUAT TEMUJANJI TERLEBIH DAHULU.

HARAP MAKLUM,

SEKIAN, TERIMA KASIH.

makluman gkp

Pasaraya adalah tempat yang sangat berisiko menjadi pusat penyebaran sekiranya TIADA kawalan ketat dilakukan.

Risiko di pasaraya

✔️ Sukar untuk mengawal dan memastikan penjarakan sosial
✔️ Orang ramai akan berada di dalam pasaraya untuk tempoh lama > 15 minit
✔️ Banyak sentuhan objek, pakaian, kain
✔️ Pengudaraan yang terhad
✔️ Status individu yang tidak diketahui terutamanya individu yang telah dijangkitti tetapi TIDAK BERGEJALA
✔️ Kehadiran golongan berisiko seperti warga emas dan pesakit kronik.
.
⚠️ JANGAN AMBIL RISIKO ⚠️

- Pilih pembelian online
- Elakkan berkunjung di tempat yang padat dan sesak
- Lindungi keluarga anda dari jangkitan

P1   P2  P3   P4

P5  P6  P7   P8