Isnin ini banyak pejabat yang mula beroperasi

Pastikan aktiviti disinfeksi dijadikan sebagai aktiviti rutin yang WAJIB dilakukan pada setiap hari.

Fokuskan aktiviti infeksi di tempat yang sering di sentuh seperti

- tombol pintu
- suis lampu
- rail tangga
- mesin fotostat
- butang lift
- keyboard
- telefon

Untuk permukaan yang ada permaidani, vacum terlebih dahulu spray bahan yang sama dipermukaan.

DISINFEKSI PEJABAT

Bermula 4 haribulan, taska akan dibenarkan kembali beroperasi ( tertakluk SOP ketat oleh MKN)
.
Berikut adalah beberapa kaedah norma baru yang perlu dipraktikkan oleh ibu bapa dan penyedia taska. Doakan moga kita berjaya mencegah daripada terjadinya kluster taska.

Sumber
cdc.gov

TASKA 1  TASKA 2  TASKA 3

 TASKA 4   TASKA 5  TASKA 6

TASKA 7  TASKA 8  TASKA 9

Pemakaian topeng muka juga merupakan antara norma baru bagi melindungi masyarakat di tempat awam dari jangkitan virus.

Ia bukan tindakan WAJIB tetapi ia satu langkah kawalan sukarela bagi masyarakat untuk menbantu mengekang penularan virus. Penggunaan topeng muka berguna terutamanya apabila anda berada di tempat awam.

Gunakan topeng muka dengan betul dan pastikan ia menutup bahagian hidung dan mulut sehingga ke bawah dagu. Jika anda menggunakan topeng muka DIY, pastikan ianya bersih dan digunakan dalam masa yang pendek sahaja. Jangan guna ia berulang kali. (Tanpa di basuh)

Kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan memakai topeng muka kerana risiko lemas. Tiada keperluan untuk anda membawa anak keluar pada tempoh ini.

Walaubagaimanapun, memakai topeng muka bukan menggantikan strategi pencegahan penjarakan sosial. Memakai topeng muka bukan bermakna anda boleh berhimpun atau berdiri rapat rapat.
.
Berikut merupakan tips cara menghasilkan topeng muka DIY

 

t 1  

 

t2

 

t3

 

t4

 

t5

 

t6

 

t7

 

t8

 

t9

 

 

 

 

Pertahankan status zon hijau di kawasan anda

Belajar dari punca kejadian kejadian kluster yang lalu, Jangan ulangi kesilapan yang sama 

punca kejadian kluster

 

Sekiranya suatu hari nanti aktiviti sosial akan dibuka semula, individu penting seperti guru, ustaz, imam dan tok siak akan menjadi NEXT FRONTLINERS !

Mereka akan bertanggungjawab untuk memastikan pelajar, jemaah dan masyarakat mematuhi “Norma Baru” serta memastikan langkah pencegahan dilakukan dengan sempurna.

Ibu bapa dan masyarakat perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka dan akur dengan peraturan ketat yang bakal dikuatkuasakan.

Ia bukan suatu perkara yang mudah, tetapi kita mesti melakukannya untuk meneruskan keharmonian sosial dan pembangunan masyarakat dan didalam masa yang sama mencegah kluster sekolah dan masjid.

Andakah anda sudah bersedia? Kita mesti bersedia!

next fronliner